Home » Citra Yadim » Kunjungan DMY ke Dewan Perhimpunan Cina Kuala Lumpur-Selangor

Kunjungan DMY ke Dewan Perhimpunan Cina Kuala Lumpur-Selangor

KUALA LUMPUR – Para pelatih Daie Muda YADIM (DMY) telah berkunjung ke Dewan Perhimpunan Cina Selangor (KLSCAH) di sini bagi mempelajari aspek budaya antara kaum dan mengeratkan hubungan antara kedua pihak yang mempunyai latar belakang berlainan.

Menerusi lawatan pada 29 Jun ini juga, pelatih DMY berharap akan dapat mempelajari cara kerja dan budaya masyarakat Cina di negara ini dengan lebih mendalam lagi.

Ia juga bertujuan bertukar pandangan dan mendapatkan penjelasan mengenai salah faham yang sering timbul apabila menyentuh mengenai hubungan antara kaum di negara ini.

Delegasi DMY seramai 21 orang serta empat penyelaras, disambut sendiri oleh Naib Presiden KLSCAH, Zheng Shu Juan dan Setiausaha Agungnya, Chen Song Lin sebelum meluangkan masa selama dua jam di sana.

Song Lin dalam ucapan ketika sesi pertemuan berkata, beliau amat mengalu alukan kedatangan delegasi DMY ini dan berharap, KLSCAH dan YADIM akan dapat bertukar pengalaman dan pandangan serta belajar mengenai gerak kerja yang dilaksanakan kedua pihak ini.

Lawatan ini merupakan salah satu program yang diatur dalam Modul Sosial dan Kemasyarakatan bagi menyediakan DMY dengan aspek gerak dakwah merentasi kaum.

Artikel Berkaitan

Search
ARKIB
KATEGORI

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *