Home » Citra Yadim » Kunjungan delegasi i – SEDAR

Kunjungan delegasi i – SEDAR

TERUS Menjadi tumpuan untuk bekerjasama, YADIM dikunjungi oleh delegasi daripada Association of Integration – Shariah Entrepreneurship & Reformation (i – SEDAR) pada 10 Mei yang menyatakan hasrat untuk bekerjasama dalam pelbagai bidang termasuk dakwah dan ekonomi.

i – Sedar merupakan penganjur Misi Usaha Dagang Asean (USADA Asean) sebuah inisiatif usahasama perniagaan melibatkan usahawan daripada Malaysia, Indonesia, Timur Leste, Brunei dan Vietnam.

Kedatangan delegasi i – SEDAR diketuai Pengerusinya, Jamal Shahidan, disambut oleh Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) YADIM, Ustaz Zamri Zainal Abidin. Turut sama dalam kunjungan ini ialah CEO Halal International Chamber of Commerce and Industries of The Philippines, Dr Alex M. Sultan

Selain Ustaz Zamri, hadir sama mewakili YADIM ialah Pengarah Bahagian Pelaburan dan Penajaan YADIM, Akmal Arief Abd Rahim dan Pengarah Bahagian Hubungan Antarabangsa, Norazira Jaafar.

Antara yang disentuh dalam perbincangan antara kedua pihak ini ialah pembangunan ekonomi khususnya untuk komuniti Islam di Filipina.

YADIM terbuka dan sedia menjalin hubungan dan kerjasama dengan mana mana pihak yang boleh menguntungkan masyarakat.

Artikel Berkaitan

Wajib jihad pertahan Palestin

  Jawatankuasa Ijtihad dan Fatwa Kesatuan Ulama Muslimin Sedunia telah mengeluarkan fatwa berkaitan serangan ganas ke atas Gaza dan pelanggaran gencatan senjata

MTHQK laksana peraturan baharu

KANGAR – Penganjuran Majlis Tilawah dan Hafazan Al-Quran Peringkat Kebangsaan (MTHQK) 2025 akan melaksanakan peraturan baharu untuk meningkatkan kecekapan peserta dan mengukuhkan

Search
ARKIB
KATEGORI

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *