Home » Citra Yadim » Kunjungan dan sesi dialog ADMY bersama Kuil Thirumurugan Alaya Paribalana Sabai

Kunjungan dan sesi dialog ADMY bersama Kuil Thirumurugan Alaya Paribalana Sabai

KUALA LUMPUR –Selepas dialog dengan wakil komuniti Budha dan Kristian, 28 pelatih Akademi Daie Muda YADIM (ADMY) pada 5 Oktober berkunjung pula ke Kuil Thirumurugan Alaya Paribalana Sabai di sini.

Seperti sebelum ini, sesi dengan pihak Hindu ini diadakan dengan kerjasama rakan badan bukan kerajaan, Global Unity Network.

Para pelatih yang berkunjung ke kuil telah menerima penerangan daripada wakil kuil, Encik Thurai Chantheran.

Dialog Silang Budaya juga diadakan seperti sebelumnya. Kali ini ADMY diwakili oleh Saudara Hafiz Din manakala mewakili pihak kuil adalah Dr Balachandran Gopal Krishnan.

Saudari Husna Ghani pula bertindak selaku moderator.

Pelbagai perbincangan dan buah fikiran dilontarkan sehingga bertemu pada asas keharmonian dan kesejahteraan hidup bersama.

Sesi dialog ini mendapat sambutan sangat baik dari pihak kuil dan mereka sangat mengalu-alukan sesi seperti ini untuk diadakan dengan lebih kerap bagi terus mencari titik persamaan semasa dalam komuniti majmuk negara.

Semoga kunjungan ADMY ini bukan sahaja memberi manfaat untuk mereka, tetapi juga YADIM dan masyarakat amnya.

Artikel Berkaitan

Search
ARKIB
KATEGORI

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *