PUSAT Pemulihan Penagihan Narkotik (PUSPEN) Sepang pada 7 Mac telah mengadakan kunjungan hormat ke Pejabat YADIM Negeri Selangor.
Antara agendanya ialah bagi mengadakan kerjasama antara PUSPEN Sepang dan YADIM Negeri Selangor dalam program-program yang boleh memberi manfaat untuk kedua pihak.
Puspen Sepang turut menawarkan pelatih di pusat latihan mereka untuk turut sama dalam program-program anjuran YADIM terutamanya dalam aktiviti kesukarelawan dan kemasyarakatan.
PUSPEN Sepang diwakili oleh Pengarahnya Tuan Shamsul Anuar Mohamad Saleh, Ketua Unit Agama, Cik Siti Fatimah Mohd Maiyurid dan Ketua Unit Pemulihan, Encik Mohd Zaidi Hassan.
KOMEN