Home » Citra Yadim » Kunjung hormat kepada TYT Sabah

Kunjung hormat kepada TYT Sabah

KOTA KINABALU – Delegasi Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (YADIM) hari ini (16 Oktober) telah melakukan kunjungan hormat kepada Yang Dipertua Negeri Sabah, Tuan Yang Terutama Tun Datuk Seri Panglima Haji Juhar Haji Mahiruddin.

Mengetuai kunjungan ialah Yang Dipertua YADIM, Yang Berusaha Ustaz Nik Omar Nik Ab Aziz dan turut disertai oleh Ahli Lembaga Pemegang Amanah, Leftenan Kolonel Dato’ Dr. Samsu Adabi Mamat dan Shamsul Ma’arif Ismail, Ketua Pegawai Eksekutif, Tuan Kamarul Arief Tuan Soh, Pengarah Kanan Sektor Perkaderan dan Latihan, Kapten (B) Shamsuddin Moner, Pengarah YADIM Sabah, Samin Ongki serta Pengarah Bahagian Pembangunan Daie, Muhammad Ashraf Ab Malik.

Kunjung menghadap di Istana Negeri di sini adalah bagi memaklumkan peranan YADIM dalam membantu agensi agensi agama dan badan bukan kerajaan Islam di Sabah dalam memperkukuhkan program- program dakwah di sini.

Pengurusan kanan YADIM kini sedang melakukan lawatan kerja ke Sabah dan Sarawak bagi mengukuhkan gerak kerja badan dakwah ini di kedua negeri ini. Antara program mereka termasuklah mesyuarat Majlis Tindakan Dakwah dan sesi temuduga Daie YADIM.

Artikel Berkaitan

Bengkel Pelan Strategik YADIM 2024

WALAUPUN Sudah banyak kejayaan yang dikecapi, warga badan dakwah ini diseru untuk tidak cepat berpuas hati, malah perlu berusaha lebih gigih lagi

Search
ARKIB
KATEGORI

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *