PADA 12 Februari satu kunjungan hormat dan mesyuarat telah diadakan bersama Wanita IKRAM yang diwakili Ustazah Sallawahiyu Mohd Salleh (Ketua Wanita IKRAM) dan barisan pegawai Wanita IKRAM.
Kunjungan ini adalah berkaitan penganjuran program Simposium Solusi Kesihatan Mental Daripada Pendekatan Dakwah (SMILED) Asean 2025 yang akan diadakan pada bulan 29 dan 30 April ini.
Secara dasarnya pihak IKRAM Malaysia khususnya Wanita IKRAM telah bersetuju dengan penganjuran program ini secara bersama bagi meningkatkan lagi usaha negara dalam membangun masyarakat yang sejahtera bukan sahaja fizikal malahan emosi dalaman sejajar dengan nilai Kesejahteraan dalam enam rukun Malaysia Madani.
Kunjungan ini diketuai oleh Dr. Masitah Esa (Ketua Unit Penyelidikan Dakwah YADIM). Turut hadir sama dalam mesyuarat ini ialah para pegawainya, Cik Siti Afiza Iman, Daie Muda YADIM (DMY) Aniq Muqri Mohammad, DMY Ustazah Husna Saifulzaman serta Cik Azni Mohd Zainudin.
Mesyuarat kali ini telah membincangkan objektif dan matlamat SMILED ASEAN 2025 serta peluang kerjasama yang boleh dibangunkan secara bersama. YADIM menawarkan kepada agensi dan badan bukan kerajaan yang berminat untuk turut terlibat sama dalam menjayakan simposium peringkat Asean ini.
Semoga hasrat untuk menganjurkan program bermanfaat seperti ini dapat dijalankan dengan lancar dan mampu memberi impak yang menyeluruh kepada pembangunan hidup masyarakat.
KOMEN