Home » Citra Yadim » Kunjung hormat daripada Pos Malaysia Berhad

Kunjung hormat daripada Pos Malaysia Berhad

BAHAGIAN Pentadbiran YADIM telah menerima kunjung hormat daripada Pos Malaysia Berhad yang diwakili oleh Pengurus Pembangunan Perniagaannya, Encik Nik Mohd Izzat Nik Mohd Shukri, di ibu pejabat badan dakwah ini di Putrajaya pada 12 Februari.
Kunjungan hormat Pos Malaysia Berhad buat pertama kalinya ini bertujuan menyampaikan cadangan kerjasama antara Pos Malaysia Berhad dan YADIM.
Sesi kunjung hormat ini dipengerusikan oleh Pengarah Bahagian Pentadbiran, Puan Normawati Muhammad selain turut dihadiri Ketua Unit Perhubungan Awam, Encik Zam Zarizal Mad Arifin serta pegawai dan kakitangan Unit Registri.
YADIM merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada Pos Malaysia Berhad atas kunjung hormat ini. Semoga sesi ini menyimpul jalin hubungan baik dan kerjasama yang erat antara kedua-dua pihak dalam menjayakan operasi dan tugasan pada masa akan datang.

Artikel Berkaitan

Search
ARKIB
KATEGORI

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *