Home » Citra Yadim » Kunjung hormat Bahagian KEMUDA ke IKBN Peretak

Kunjung hormat Bahagian KEMUDA ke IKBN Peretak

KUALA KUBU BHARU – Kerjasama pelaksanaan program Bicara Tokoh, Penubuhan Exco Rakan Belia YADIM (RBY) serta kursus imam dan belia merupakan hasil kunjung hormat Bahagian Kepimpinan Muda (KEMUDA) Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (YADIM) ke Institut Kemahiran Belia Negara (IKBN) Peretak di sini.

Kunjung hormat pada 18 Ogos tersebut merupakan antara gerak kerja KEMUDA membina jalinan dan rangkaian di institut pengajian di seluruh negara.

Ia juga bertujuan memperkenalkan RBY dan membincangkan bentuk gerak kerja bagi program bersama yang melibatkan pihak IKBN Peretak dan YADIM.

Mewakili YADIM ialah Pengarah KEMUDA, Shahrizal Mat, Penolong Pengarahnya, Mohd Khamis Mohamad Sani, Nurul Ashikin Zakaria dan Ahmad Hilmi Mohamad Ghazali.

IKBN Peretak dalam pertemuan ini pula diwakili oleh Pengarahnya, Normahsyuri Md Syariff dan beberapa pegawainya.

Artikel Berkaitan

Hormati Ijtihad Ulul Amri

PARA Ulama’ mempunyai peranan khusus mereka ketika memberi pandangan berdasarkan ilmu mereka, manakala para pemimpin Ulul Amri mempunyai kuasa membuat keputusan selepas

Search
ARKIB
KATEGORI

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *