SEPANG – Kumpulan pertama seramai 479 jemaah haji Malaysia yang turut disertai oleh Pengerusi Tabung Haji (TH) Tan Sri Md Nor Md Yusof selamat tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) jam 3.30 petang, hari ini (19 Ogos).
Ketibaan 209 jemaah lelaki dan 259 jemaah wanita itu disambut Ketua Pegawai Strategi dan Ketua Kakitangan TH, Hizamuddin Jamalluddin, beberapa pegawai Tabung Haji (TH) dan anggota keluarga para jemaah.
Kumpulan pertama jemaah haji itu berlepas pada jam 1.10 pagi waktu Arab Saudi dari Lapangan Terbang Antarabangsa Raja AbdulAziz, Jeddah menerusi pesawat MH8301. – Sinar Harian
KOMEN