Home » Langit Terbuka » Kudeta 15 Julai: Sejarah hitam penduduk Turki

Kudeta 15 Julai: Sejarah hitam penduduk Turki

ANKARA 4 Okt. – Kesan kemusnahan di bangunan Parlimen Turki masih jelas kelihatan, menunjukkan satu sejarah hitam kepada politik negara tersebut.

Menurut Setiausaha Agung Grand National Assembly Of Turkey, Mehmet Ali Kumbuzoglu, walaupun telah lima kali cubaan rampasan kuasa oleh tentera pembelot, ini adalah paling terkesan apabila rakyat negara sendiri bertindak mengebom di kawasan taman parlimen dan dalamnya.

“Tiga bom telah dilepaskan pembelot (kudeta), di mana satu di kawasan taman, satu terkena pejabat Perdana Menteri dan satu lagi di atas bumbung Parlimen ini,” katanya kepada delegasi media Asia Tenggara di Ankara, Turki.

Katanya, pada waktu itu tentera pembelot cuba turun dari helikopter di atas bumbung Parlimen tetapi berjaya dihalang oleh pasukan polis yang berbalas tembakan.

“Rakyat telah bangkit mempertahankan demokrasi. Ini adalah sejarah kebangkitan rakyat pertahan negara. Kita tunjukkan kepada dunia, betapa pentingnya menjaga sistem demokrasi ini,” katanya. – UTUSAN ONLINE

– https://www.utusan.com.my

Artikel Berkaitan

Search
ARKIB
KATEGORI

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *