KUCHING, 11 Ogos: Masyarakat Islam di negara ini perlu menguasai ilmu terkini selari dengan peredaran zaman seperti Kecerdasan Buatan (AI) dan aeroangkasa seperti mana yang ditekankan Premier Sarawak Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg.
“Orang Islam perlu menunjukkan kepada kita bagaimana cara Islam sesuai dengan perkembangan zaman contohnya teknologi, aeroangkasa, Kecerdasan Buatan (AI) serta Big Data dan segala berkaitan yang perlu dikuasai,” katanya.
Beliau berkata demikian ketika ditemui selepas Majlis Perasmian Program Jelajah MADANI Ulama dan Umara (JMMU) Peringkat Sarawak 2024 di Wisma Sabati di sini hari ini.
Mengulas mengenai program berkenaan menurutnya, ia adalah bertujuan mempelajari pendekatan diambil pemimpin di setiap negeri.
“Jadi, saya rasa, insyaAllah, dengan adanya kefahaman jelas dalam kalangan murrabi ini, dengan pentadbir khususnya pemimpin negeri, saya rasa Islam akan subur,” ujarnya.
Untuk rekod, program tersebut yang dimasukkan dalam Pelan Transformasi Al-Falah (PTF) sebagai hala tuju hal ehwal agama menuju Malaysia MADANI. – TVS
KOMEN