BANGI, 13 Sept. – Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) menyarankan semua masjid dan surau di seluruh negara mengadakan solat hajat Jumaat ini bagi mendoakan supaya isu Rohingya tidak berpanjangan.
Ketua Pengarah JAKIM Tan Sri Othman Mustapha berkata, pihak turut mengambil inisiatif melalui beberapa masjid utamanya termasuk di bawah Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (Jawi) untuk melaksanakan solat hajat pada 15 September ini, selepas solat Jumaat.
“Penganjurannya bertujuan untuk mendoakan agar Isu Rohingya ini tidak berpanjangan serta mengambil kesempatan mendoakan kesejahteraan negara kita sempena sambutan Hari Malaysia.
“Sehubungan itu, Jakim memohon kerjasama dan jasa baik pihak Majlis Agama Islam Negeri (MAIN) dan Jabatan Agama Islam Negeri (JAIN) di seluruh Malaysia untuk turut sama mengadakan solat haja pada tarikh dan masa yang dinyatakan di seluruh masjid dan surau di bawah seliaan agensi masing-masing,” katanya dalam satu kenyataan, hari ini.
Othman berkata, krisis Rohingya menimbulkan keresahan dan kebimbangan pada negara-negara sekitar dan sehingga kini masih belum lihat tanda-tanda perdamaian antara pihak yang bertelagah.
“Jakim juga menyeru seluruh rakyat Malaysia untuk sama-sama terus berdoa agar negara kita sentiasa kekal aman, makmur dan sejahter,” katanya.
Sehingga kini, kira-kira 370,000 etnik minoriti Islam Rohingya melarikan diri dari keganasan di negeri barat Rakhine dalam tempoh beberapa minggu sejak 25 Ogos lepas. – www.ismaweb.net
Anwar kukuhkan ‘silaturahim’ Malaysia-Mesir, tegaskan perjuangan demi Gaza
Di atas kertas, hubungan diplomatik Malaysia-Mesir mencapai usia 65 tahun sejak 10 November 1959, tetapi kunjungan rasmi Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar
KOMEN