Home » Langit Terbuka » Kreativiti berfesyen bukan kebebasan mutlak – Mufti

Kreativiti berfesyen bukan kebebasan mutlak – Mufti

Catatan Bayan linnas Mufti Wilayah Persekutuan menjelaskan hukum berfesyen antara tuntutan syariat dan realisasi tema.

SHAH ALAM – Kreativiti tidak boleh dianggap sebagai kebebasan mutlak yang membolehkan seseorang berpakaian atau berfesyen tanpa batasan.

Menerusi catatan bayan linnas Mufti Wilayah Persekutuan, Islam menegaskan setiap aspek kehidupan termasuk berpakaian perlu mengambil kira hukum syarak serta adat setempat yang selari dengan nilai agama serta budaya.

“Islam telah menetapkan lelaki hendaklah menjadi lelaki dari sudut pemakaian, perhiasan, gaya percakapan dan cara berjalan mengikut sunnatullah yang telah ditetapkan.

“Begitu juga perempuan hendaklah menjadi perempuan seperti yang diciptakan ALLAH SWT dengan sebaik-baik kejadian,” menurut catatan itu.

Baru-baru ini sebuah stesen televisyen menerima kecaman ekoran membenarkan penampilan lelaki berpakaian feminin pada acara karpet merah sebuah acara anugerah lagu.

Dalam pada itu catatan tersebut turut menegaskan, fesyen berpakaian dibenarkan dalam Islam, namun perlu selari dengan garis panduan yang telah ditetapkan dalam hukum syarak.

Panduan itu ujarnya, berasaskan dalil-dalil daripada al-Quran dan Sunnah Rasulullah SAW yang memberikan batasan tertentu agar pakaian yang dikenakan bukan sahaja menutup aurat, tetapi mencerminkan nilai kesopanan dan kesederhanaan dalam kehidupan seorang Muslim.

“Ketika seseorang menyerupai jantina berlawanan dengan cara berpakaian atau berfesyen yang tidak seiring dengan jantina asalnya, maka hukumnya jelas haram dan berdosa besar,” jelasnya.

 

Artikel Berkaitan

Search
ARKIB
KATEGORI

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *