Home » Langit Terbuka » KPKT rangka akta pembangunan rumah ibadat

KPKT rangka akta pembangunan rumah ibadat

Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan akan mengadakan satu ’pembersihan’ dari segi mendapatkan pendaftaran rumah ibadat dan kedudukan di tanah sedia ada, ujar menterinya - Foto Lobak Merah

KUALA LUMPUR – Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) sedang merangka satu akta bagi memastikan rumah ibadat yang belum dibina mendapat kelulusan terlebih dahulu, kata Menterinya, Zuraida Kamaruddin.

Beliau berkata, sekiranya akta berkenaan wujud, pihaknya akan membuat satu undang-undang kecil.

“Kita juga akan mengadakan satu ’pembersihan’ dari segi mendapatkan pendaftaran rumah ibadat dan kedudukan mereka di tanah sedia ada.

“Sekiranya kedudukan mereka (rumah ibadat) terletak di tanah yang tidak sepatutnya atau bukan milik mereka, kita harus mengambil tindakan untuk menasihati mereka agar keluar dari kawasan berkenaan,” katanya kepada media selepas merasmikan mesyuarat Agung Tahunan Dewan Perdagangan Islam Malaysia ke-25, di sini, hari ini.

Zuraida yang juga Ahli Parlimen Ampang, berkata setiap pembangunan rumah ibadat harus melalui proses yang betul.– Berita Harian

Artikel Berkaitan

Search
ARKIB
KATEGORI

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *