Home » Langit Terbuka » KPKT cadang kelonggaran pinjaman

KPKT cadang kelonggaran pinjaman

Cadangan agar bank mengambil kira pendapatan lain pemohon akan memberi manfaat kepada banyak pihak dalam pinjaman perumahan

 

KUALA LUMPUR – Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) mencadangkan agar bank-bank mengambil kira sumber pendapatan kedua dan ketiga sebagai kriteria kelayakan permohonan pinjaman perumahan.

Menterinya, Zuraida Kamaruddin berkata, cadangan itu mungkin boleh memberi kelonggaran penarafan kredit bagi mengatasi masalah pe­ratusan penolakan pinjaman perumahan yang tinggi dalam kalangan golo­ngan isi rumah berpendapatan rendah (B40) dan pertengahan (M40).

“Walaupun pemohon sudah mengemukakan jumlah pendapatan utama namun, sekiranya mereka ada sumber pendapatan kedua dan ketiga (tanpa slip gaji) seperti berniaga yang wajar diambil kira sebagai kriteria kemampuan untuk bayar balik pinjaman.

“Langkah mengambil kira semua pendapatan pemohon (pendapatan utama dan sampingan) mungkin memberi kelonggaran seterusnya melayak­kan mereka mendapat pinjaman,” katanya. – Kosmo

 

Artikel Berkaitan

Search
ARKIB
KATEGORI

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *