Home » Langit Terbuka » Koperasi Malaysia dipelawa eksport makanan halal untuk Sukan Olimpik Tokyo

Koperasi Malaysia dipelawa eksport makanan halal untuk Sukan Olimpik Tokyo

Angkasa sedang berbincang lebih lanjut mengenai piawaian dan kriteria yang ditetapkan Jepun sebagai garis panduan untuk koperasi Malaysia mengeksport produk halal

KUALA TERENGGANU – Kesemua 14,000 koperasi di Malaysia kini berpeluang meneroka pasaran makanan halal di Jepun bagi memenuhi permintaan negara itu yang akan menjadi tuan rumah Sukan Olimpik Tokyo pada tahun 2020.

Presiden Angkatan Koperasi Kebangsaan Malaysia Berhad (Angkasa), Datuk Abdul Fattah Abdullah berkata Kesatuan Koperasi Pengguna Jepun telah mempelawa koperasi-koperasi di Malaysia untuk mengeksport produk halal untuk menampung keperluan makanan kontinjen yang akan berada di Tokyo sepanjang temasya sukan terbesar dunia itu berlangsung.

“Ketika ini, Angkasa sedang berbincang lebih lanjut mengenai piawaian dan kriteria yang ditetapkan Jepun sebagai garis panduan untuk koperasi Malaysia menyediakan produk halal tersebut.

“Justeru, Angkasa berharap mana-mana koperasi di negara yang berminat boleh memulakan persediaan itu sama ada menjalinkan kerjasama strategik dengan syarikat pengeluar makanan halal atau mengeksport produk halal milik koperasi sendiri dari pelbagai aspek termasuk pelabelan dan pembungkusan,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas merasmikan program Pemerkasaan Strategi Perniagaan Koperasi peringkat negeri Terengganu di sini.

 

https://www.bernama.com/bm/news.php?id=1486190

Artikel Berkaitan

Search
ARKIB
KATEGORI

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *