Home » Citra Yadim » Konvoi Kebajikan YADIM – RTM ke kudat dan Pulau Banggi

Konvoi Kebajikan YADIM – RTM ke kudat dan Pulau Banggi

KOTA KINABALU – Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (YADIM) Sabah dan RTM Sabah terus menjalin kerjasama erat dalam pelbagai bidang termasuk kebajikan.

Terbaharu, keduanya bakal melaksanakan program Konvoi Kebajikan YADIM – RTM ke Kudat dan Pulau Banggi pada 8 dan 9 Februari ini.

Sebanyak 100 bakul makanan disediakan untuk masyarakat Dusun Bonggi yang merupakan penduduk asal Pulau Banggi, yang merupakan Pulau terbesar di Malaysia.

Konvoi juga bakal menyantuni petugas barisan hadapan iaitu anggota polis, tentera dan petugas kesihatan di pulau tersebut.

Di Kudat pula , Rumah Anak Yatim Baitul Hidayah akan menjadi destinasi konvoi.

Pada Jumaat, 5 Februari, Pengarah YADIM Sabah Haji Samin Haji Ongki dan Pengarah Penyiaran Sabah Hajah Nor’ain Haji Bakir meninjau penyediaan bakul makanan dan mengadakan perbincangan akhir persiapan konvoi di Bangunan RTM Sabah, Kepayan.

Artikel Berkaitan

Search
ARKIB
KATEGORI

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *