Home » Langit Terbuka » Konvoi bantuan diserang di Aleppo, 12 terbunuh

Konvoi bantuan diserang di Aleppo, 12 terbunuh

ALEPPO, 20 Sept. – Konvoi bantuan bagi menyelamatkan nyawa 78,000 penduduk yang terperangkap dalam perang di Syria diserang tidak jauh dari Aleppo, semalam, lapor Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB).

Menurut laporan itu, 18 daripada 31 trak yang menyertai konvoi itu diserang menyebabkan 12 pekerja bantuan terbunuh.

Bagaimanapun, tiada pihak yang mendakwa bertanggungjawab melakukan serangan itu.

Laporan itu juga menyatakan sebuah gudang pertubuhan palang merah turut diserang. Konvoi dan gudang itu terletak di kawasan Urum al-Kubra di barat Aleppo.

Keganasan itu berlaku sebaik saja pihak berkuasa Syria mengumumkan gencatan senjata di wilayah terjadinya peperangan berakhir.

Dianggarkan, kira-kira 250,000 orang awam di timur Aleppo kini berdepan kekurangan makanan, bekalan ubat dan air. – Agensi

Artikel Berkaitan

Ukuran haji mabrur

Ibadat haji merupakan kewajipan bagi umat Islam yang mampu dan menjadi rukun Islam kelima. Tentunya setiap kewajipan yang ditetapkan oleh Allah SWT

Syahristani tajam dalam ilmu perbadingan

  Syahristani adalah seorang ulama terkenal abad ke-21 khususnya di bidang teologi, sejarah dan agama. Ia juga dikenali sebagai ahli perbandingan agama.

Search
ARKIB
KATEGORI

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *