Home » Citra Yadim » Konvensyen Rakan Belia YADIM (RBY) Peringkat Kebangsaan 2025

Konvensyen Rakan Belia YADIM (RBY) Peringkat Kebangsaan 2025

GOLONGAN Belia terus didekati YADIM menerusi penganjuran Konvensyen Rakan Belia YADIM (RBY) Peringkat Kebangsaan 2025 di Institut Kemahiran Tinggi Belia Negara (IKTBN) Sepang pada 15 Februari.
Bertemakan ’Belia Madani Pemangkin Nasaf Baru Dakwah Digital’, ia menghimpunkan lebih 300 peserta yang merupakan pimpinan RBY dari 21 Institut Latihan Kemahiran Belia dan Sukan (ILKBS) seluruh negara selain turut disertai pelajar dari Kolej Komuniti Selayang dan Kolej ADTEC Shah Alam.
Program ini disempurnakan oleh Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Yang Berhormat Senator Dr. Zulkifli Hasan.
Dalam ucapannya, beliau menekankan agar RBY menjadi contoh dan bergerak dalam masyarakat serta mengembalikan semula nilai-nilai murninya.
Tegasnya, sifat ekstrimis perlu dijauhi belia masa kini kerana ia akhirnya menyumbang kepada situasi tidak stabil dalam negara.
Menjelaskan lanjut, Senator Dr. Zulkifli berkata untuk memiliki negara yang progresif, keamanan perlu dikecapi terlebih dahulu.
Beliau turut mengambil peluang menyeru para peserta untuk kembali dan menghayati Aspirasi Malaysia Madani yang sentiasa mengutamakan perpaduan dan keharmonian.
Sementara itu terdahulu, Yang Dipertua YADIM, Datuk Hasanuddin Mohd Yunus dalam ucapannya menegaskan bahawa, pihaknya akan sentiasa bergerak mendekati dan menyantuni komuniti belia.
Negara katanya, amat memerlukan cetusan idea baharu yang dimiliki oleh golongan belia.
Pengarah IKTBN Sepang, Puan Rosnoizam Abd. Majid pula menzahirkan harapan agar program seumpama ini diteruskan oleh YADIM dengan pihaknya kerana ia merupakan satu pendekatan yang terbaik bagi memupuk rasa cinta negara dan pada masa yang sama memberi pengisian kerohanian untuk mereka.
Konvensyen sehari ini bertujuan melibatkan diri peserta dalam pelbagai sesi perbincangan bermanfaat, bukan sahaja untuk memperkaya pengetahuan tetapi juga untuk memberi inspirasi sebagai belia yang berdaya saing dan berintegriti.
Program ini turut mengundang pempengaruh media sosial dari Jakarta dan Padang, Indonesia untuk memberi pengisian kepada para peserta dalam slot forum.
Hadir sama ke program ini ialah Pengarah Kanan Sektor Latihan dan Pengkaderan YADIM, Puan Suhaila Sahibul Ghani, Pengarah Bahagian Kepimpinan Muda, Encik Shahrizal Mat, Pengarah YADIM Negeri Selangor, Encik Mohd Fitri Aziz Mohd Yusof, Timbalan Pengarah Pengurusan IKTBN Sepang, Encik Hairul Riduan Abdullah serta pegawai-YADIM dan Kementerian Belia dan Sukan.

Artikel Berkaitan

Search
ARKIB
KATEGORI

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *