KUCHING – Program Kongsi Rezeki anjuran Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (YADIM) Sarawak diteruskan lagi.
Kali ini ia menyantuni seramai 50 pekerja stesen minyak di sekitar bandaraya ini.
Sejumlah 50 pek makanan berupa sarapan pagi telah diagihkan kepada kumpulan ini meliputi stesen minyak Petronas, Xcel dan Shell.
Antaranya adalah stesen minyak Petronas dan Shell di Jalan Astana, stesen minyak Petronas dan Shell Petronas Telaga Tiga di Jalan Tun Abang Haji Openg, stesen minyak Petronas dan Shell di Jalan Green, stesen minyak Petronas dan Shell Petra Jaya serta stesen minyak Xcel Jalan Satok, Kuching.
.
Pek-pek makanan ini merupakan sumbangan daripada mereka yang ingin berkongsi rezeki bersama masyarakat melalui pihak YADIM.
KOMEN