Home » Langit Terbuka » Kongres Bumiputera akan diadakan dalam tempoh terdekat

Kongres Bumiputera akan diadakan dalam tempoh terdekat

Menteri Hal Ehwal Ekonomi berkata, kerajaan akan mengumpulkan pakar ekonomi daripada pelbagai sektor untuk membincangkan langkah yang akan diambil bagi memperkukuh keadaan ekonomi Bumiputera

KUALA LUMPUR –  Satu kongres masa depan Bumiputera dan negara akan diadakan dalam tempoh terdekat sejajar dengan agenda memperkasa ekonomi Bumiputera, kata Menteri Hal Ehwal Ekonomi, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali.

“Kita akan mengumpulkan pakar ekonomi daripada pelbagai sektor untuk membincangkan langkah yang akan diambil bagi memperkukuh keadaan ekonomi Bumiputera,” katanya ketika menggulung perbahasan titah Agong di Dewan Rakyat.

Azmin memetik beberapa data berkata, pendapatan purata isi rumah Bumiputera berbanding bukan Bumiputera pada 2016 adalah RM6,267 berbanding RM8,213 manakala peratus transaksi pemilikan kediaman dalam pasaran primer oleh Bumiputera berbanding bukan Bumiputera pada tempoh yang sama adalah 38.8% (RM5.63 bilion) berbanding 56.7% (RM8.23 bilion).

“Bagi pemilikan komersial, peratus transaksi Bumiputera hanyalah 9.8% (RM21 juta) berbanding bukan Bumiputera iaitu 46% (RM1.01 bilion),” katanya.

 

https://www.freemalaysiatoday.com/category/bahasa/2018/08/01/kongres-bumiputera-akan-diadakan-dalam-tempoh-terdekat/

Artikel Berkaitan

Jangan hina Islam, pertahan kesuciannya – Sultan Pahang

JERANTUT: Sultan Pahang, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah menzahirkan kebimbangan terhadap individu yang semakin berani mencabar dan memperlekeh kesucian Islam. Baginda menegaskan,

Search
ARKIB
KATEGORI

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *