BANTING – Terima kasih kerana datang menjenguk kami…. ringkas sahaja ucapannya.
Namun ia diungkapkan setulus hati. Dizahirkan tanpa dipinta, sebagai tanda terima kasih atas ingatan pada mereka.
Demikian yang diterima oleh Sukarelawan YADIM (SAY) Kuala Langat semasa mereka menyampaikan sumbangan kepada 15 keluarga di Kampung Sungai Lang Lama,Sungai Lang Baru Dan Kampung Sungai Kelambu di sini pada 11 September.
Antara yang menerima sumbangan ialah keluarga pesakit kronik, asnaf dan warga emas.
Program diketuai Pengerusi SAY Kuala Langat, Hasmawi Mahidin ini turut disertai pengusaha restoran terkenal di bandar ini, Juvita Seafood iaitu Dato Khamijas Ngainan dan Datin Juvita Wahab.
KOMEN