Home » Langit Terbuka » Kompleks Mahkamah Syariah Sabah dibina tahun depan

Kompleks Mahkamah Syariah Sabah dibina tahun depan

Pembinaan Kompleks Mahkamah Syariah Sabah di Papar bukan saja memberi kemudahan kepada penduduk setempat, malah bakal merancakkan ekonominya

PAPAR –  Bangunan baharu Kompleks Mahkamah Syariah Negeri Sabah di Benoni, di sini, dijangka mula dibina tahun depan.

Menteri Undang-Undang dan Hal Ehwal Anak Negeri, Datuk Aidi Mokhtar, berkata kementerian sudah memperoleh peruntukan untuk membina bangunan baharu berkenaan.

“Sebanyak RM15 juta diperuntukkan untuk pembinaan bangunan Kompleks Mahkamah Syariah ini. Malah, tapak tanah seluas kira-kira dua hektar di Benoni sudah dikenal pasti.

“Mengikut perancangan, kementerian juga bercadang membina bangunan Mahkamah Anak Negeri bersebelahan Mahkamah Syariah Negeri Sabah berserta bangunan pejabat.

“Untuk itu, kementerian berusaha mendapatkan peruntukan RM5 juta bagi tujuan ini,” katanya yang ditemui ketika merasmikan program Amal Derma Darah 2.0 di Dewan Masyarakat Papar, di sini, hari ini.

Turut hadir, pengerusi penganjur program Amal Derma Darah 2.0 merangkap Timbalan Ketua Bahagian WARISAN Papar, Fred Gabriel dan Pengerusi Persatuan Talasemia Sabah, Francis Mujim.

Setakat tengah hari tadi, kira-kira 500 penderma dari sekitar Papar dan daerah berdekatan hadir menderma darah.

Di peringkat Papar pula, Aidi selaku Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Pantai Manis, berkata ada beberapa pelan perancangan yang disediakan untuk pembangunan di sekitar daerah itu.

“Antara perancangan yang terlebih dahulu akan dilaksanakan ialah pembinaan jambatan kedua di Buang Sayang.

“Pelan pembangunan untuk pembinaan jambatan ini sudah disiapkan dan akan dibentangkan pada mesyuarat jawatankuasa tindakan daerah Papar kelak,” katanya. – Berita Harian

Artikel Berkaitan

JHEAIK pantau pergerakan GISBH di Kedah

Alor Setar: Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Kedah (JHEAIK) sentiasa memantau pergerakan syarikat Global Ikhwan Service and Business Holdings (GISBH) yang beroperasi

Roti jenama Ikhwan tiada sijil halal – JAKIM

KUALA LUMPUR: Produk roti jenama Ikhwan keluaran Global Ikhwan Utara disahkan tidak mempunyai Sijil Pengesahan Halal Malaysia (SPHM) Jabatan Kemajuan Islam Malaysia

Search
ARKIB
KATEGORI

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *