Home » Langit Terbuka » Komen biadap susulan kes aduan palsu kepada Jawi

Komen biadap susulan kes aduan palsu kepada Jawi

Komen-komen biadap yang tertera di ruangan komen Malaysiakini susulan laporan aduan palsu seorang lelaki berhubung satu kes khalwat.

AGAMA Islam dan Institusi Islam berterusan diperlekeh dan dihina oleh golongan tertentu di Malaysia.

Komen-komen biadap dan menghina Islam ini dapat di lihat diruangan komen portal berita Malaysiakini apabila portal tersebut melaporkan berita berkaitan aduan palsu terhadap Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (Jawi) semalam.

Isu ini sebenarnya memberi impak negatif yang sangat besar terhadap penguatkuasaan undang-undang syariah di mata golongan bukan Islam.

Mereka secara sinis mengeluarkan komen-komen jelek antaranya komen dari Alfred Tiong Eng Chuah yang kononnya bertanya, “adakah Allah tidak beritahu penguatkuasa Jawi bahawa aduan tersebut adalah satu perangkap?”

Komen beliau disambut dengan sinis menjawab, “Allah mungkin sedang tidur.”

Kemudian komen tersebut dibalas secara biadap dengan menyatakan, “Mereka (Jawi) dah cuba whatsapp (Allah), tetapi tidak di balas”.

Malah, golongan berkenaan berterusan mempertikaikan wang rakyat yang digunakan untuk membayar gaji penguatkuasa Jawi.

Sebenarnya, isu bajet ini selalu dimainkan oleh puak-puak liberal dalam usaha mereka menghapuskan institusi Islam di Malaysia.

Mereka mempersoalkan kewajaran menguatkuasakan undang-undang Islam yang menurut mereka adalah undang-undang peribadi.

Mereka mahu umat Islam diberi kebebasan sepenuhnya tanpa terikat dengan mana-mana undang-undang syariah.

Umat Islam sepatutnya bebas berjudi, minum arak, berzina seperti mereka kerana kesalaham tersebut adalah antara mereka dengan Tuhan.

Jawi tidak sepatutnya menjadi polis Tuhan dan menghukum kesalahan individu seperti agama-agama lain.

Persepsi dan pemikiran sebegini sebenarnya ditanam oleh segelintir umat Islam seperti G25, SIS dan NGO Hak Kebebasan Asasi lain.

Mereka ini akan terus mencari kelompongan dalam perundangan syariah dalam usaha menambah persepsi negetif terhadap Islam.

Kuasa yang diberikan kepada mahkamah syariah oleh Perlembagaan Persekutuan turut dipertikai dan mereka senantiasa mencari akta/enakmen yang dilihat bertentangan dengan perlembagaan.

Justeru, jika sayangkan agama Islam ini dan tidak mahu lagi Islam terus diperlekeh, kita seharusnya sama-sama memulihkan persepsi negatif tersebut.

Golongan berkenaan begitu berani bersuara setelah melihat ada umat Islam yang memperlekehkan agama sendiri.

Kita harus bersatu menyebarkan persepsi yang positif dan menyokong setiap tindakan yang dilaksanakan dalam usaha memperkasa perundangam syariah di Malaysia. Cukuplah selama ini umat Islam sendiri yang menghentam dan mengecam setiap institusi Islam sedangkan golongan sebelah sana sentiasa bersatu mempertahankan agama mereka.- SAHABATSYARIE

Artikel Berkaitan

Search
ARKIB
KATEGORI

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *