PUTRAJAYA – Usaha melestari gerakan dakwah hari ini memerlukan jalinan kerjasama meliputi pelbagai pihak dan tidak tertakluk kepada antara organisasi Islam semata mata.
YADIM selaku peneraju gerakan dakwah di negara ini menyambut baik sebarang pihak yang menghulur hasrat untuk bekerjasama bagi manfaat semua.
Atas sebab itu, badan dakwah ini dengan terbuka menyatakan rasa gembira atas cadangan kerjasama yang ditawarkan oleh Kolej Komuniti Selayang kepada YADIM dalam kunjung hormat mereka pada 23 Ogos.
Menerusi kunjung hormat itu, kolej berkenaan menawarkan untuk melatih kakitangan YADIM dalam pelbagai jenis kursus jangka pendek yang tersedia di institusi berkenaan.
Antaranya termasuklah yang akan memperkasa gerakan dakwah secara langsung seperti grafik dan multimedia, pembangunan diri dan motivasi, perniagaan dan keusahawanan, kerohanian dan keagamaan, seni kreatif dan banyak lagi.
YADIM pada masa yang sama juga menawarkan untuk menubuhkan pasukan Rakan Belia YADIM di kolej berkenaan.
Badan dakwah ini diwakili oleh Pengarah Bahagian Kepimpinan Muda (KEMUDA), Encik Shahrizal Mat, Penolong Pengarah KEMUDA (Ketua Unit Belia), Ustaz Faiz Safwan Abdul Kadir, Penolong Pengarah KEMUDA (Ketua Unit Politeknik & IPG), Ustaz Saifullah Baiduri dan Penolong Pengarah Bahagian KEMUDA (Unit Belia), Nurul Ashikin Zakaria.
Pengarah Kolej Komuniti Selayang, Haji Mohd Ruzi Hamzah dan wakil pengurusan kanannnya hadir pula mewakili kolej berkenaan.
KOMEN