MAKKAH – Kiswa baru (kain hitam yang menutupi Kaabah) untuk tahun 1439 Hijriah sudah siap.
Seperti biasa, Kiswa lama akan digantikan dengan yang baru pada pagi 9 Dzhulhijjah di bawah pengawasan Presiden Hal Ehwal Dua Masjid Suci, Sheikh Abdul Rahman Al-Sudais.
Beberapa hari yang lalu, Kiswa yang digunakan sekarang telah dilipat setinggi tiga meter dan bahagian yang dilipat dari Kiswa pula diliputi dengan kain putih.
Ketua Pengarah Kompleks Raja Abdul Aziz untuk Kiswa Kaabah, Ahmad Al-Mansouri berkata, Kiswa itu dilipat untuk memastikan ia bersih dan tidak dirosakkan memandangkan ada segelintir jemaah cuba menyentuhnya atau memotong potongan sebahagian kain untuk dibawa bersama mereka sebagai cenderahati. – MalaysiaGazette
KOMEN