Home » Wacana » Kisah Cinderella : Adakah hanya sekadar dongeng picisan?

Kisah Cinderella : Adakah hanya sekadar dongeng picisan?

Suatu ketika dahulu, selepas sahaja perang Amerika, orang-orang yang berbeza taraf tidak hidup di dalam dunia yang berbeza. Perubahan kedudukan individu atau kumpulan dalam sesuatu masyarakat dari segi kelas, kekuasaan dan status (mobiliti) hidup subur ketika itu.

Pada tahun 1950, Walt Disney Production telah diselamatkan daripada muflis dengan kemunculan Cinderella, para penonton bersorak seketika, masa depan kembali cerah dan impian Cinderella untuk berkahwin bakal menjadi kenyataan.

Satu kejayaan besar filem baharu daripada Disney, Cinderella apabila mendapat pencapaian ‘box-office’, tetapi bagaimana ia kelihatan berbeza! Perkahwinan Cinderella menjadi begitu hebat dan mewah.

Pakar ekonomi Jeremy Greenwood mendapati peluang perkahwinan antara sikaya dengan simiskin tidak mungkin berlaku. Ini adalah kerana sejak tahun 1950an lagi hanya wujud perkahwinan sesama darjat.

Sejak tahun 1980an, ketidaksamaan telah berkembang dan mobiliti mula terhenti. Hari ini, orang-orang kaya hanya menjalin kesatuan mereka di kelab-kelab sosial mereka yang eksklusif. Misalnya kolej Ivy League yang hanya untuk orang kaya dan komuniti tertutup. Melainkan kamu mempunyai nasib yang baik atau pari-pari (dongeng wali wanita). Tanpa sihir, pintu-pintu itu kekal tertutup.

Pada pandangan awal, Pengarah Kenneth Branagh membuatkan filem klasik Disney seolah-olah menawarkan masa hadapan yang cerah melalui kerajaan ajaib. Namun apabila diteliti, ia memberi mesej kepada kecenderungan masalah ekonomi.

Pakar ekonomi Thomas Piketty telah memberi amaran bahawa sekiranya kita tidak melakukan sesuatu untuk menghentikan peningkatan jurang pendapatan, kita mungkin akan kembali pada dunia abad yang ke-19.

Ini adalah kerana kerja keras tidak menjamin peningkatan ekonomi disebabkan pendapatan yang diperoleh daripada buruh tidak setanding dengan kekayaan yang diwarisi oleh orang kaya. Inilah dunia Cinderella yang baharu.

Daripada filem Disney versi asal, Branagh menonjolkan apa yang berlaku apabila berlakunya persaingan untuk merebut ganjaran dalam suasana ekonomi yang sukar. Setiap keluarga bersaing sesama sendiri untuk mendapatkan peluang. Alangkah baiknya jika kamu memiliki kayu sakti.

Terdapat sedikit perubahan kecil dalam penceritaan. Dalam versi asal animasi, bapa adalah seorang lelaki, duda yang berkahwin kali kedua dan kemudiannya meninggal dunia. Meninggalkan seorang ibu tiri yang begitu cemburu terhadap anak gadisnya dan menyeksanya. Namun di dalam filem Branagh ini, bapa adalah seorang peniaga dan kematian beliau mengakibatkan keluarganya hilang punca pendapatan – meninggalkan mereka sekeluarga dalam keadaan yang sukar.

Persoalan awal si ibu tiri apabila suaminya meninggal dunia adalah, bagaimana mereka mahu meneruskan kehidupan dengan ketiadaan pendapatan? Jawapan beliau ialah menjadikan Cinderella sebagai seorang hamba dan mencari pasangan yang kaya untuk dua orang anak perempuannya.

Cara mencari jodoh di dalam filem ini cenderung kepada apa yang digambarkan oleh ahli ekonomi Robert H. Frank yang disifatkan sebagai ‘pemenang akan merangkul kesemua’ – satu permainan berkaitan ekonomi di mana si kaya akan tertumpu di bahagian teratas. Dalam pasaran yang kejam, hanya segelintir sahaja yang mampu memperoleh kemenangan.

Cinderella dan kakak tirinya terperangkap di dalam pertandingan kotor untuk sumber yang terhad. Mereka memahami kesukaran permainan ini namun Cinderella dilihat mempunyai kelebihan berbanding kakak-kakaknya dari segi kecantikan rupa paras.

Beliau juga seorang yang bijaksana. Tetapi kecerdikannya itu tidak digunakan secara langsung di dalam pertandingan ini. Cinderella tidak mencari peluang pekerjaan mahupun pendidikan.

Kepentingan untuk menjadi kaya amat jelas ditonjolkan apabila pari-pari menjadikan Cinderella kelihatan lebih menawan. Anda tidak mampu memenangi pertandingan ini jika kelihatan hodoh. Memiliki gaun yang mewah dan cantik serta kereta kuda emas berupaya mencapai cita-cita anda.

Manakala Putera dan pengikut-pengikutnya pula masih menggunakan cara pemakaian sama yang digunapakai di seluruh dunia. Tidak mengubah konsep, juga menggayakan konsep Katniss Everdeen – pemburu.

Akhirnya, Cinderella berjaya memikat Putera sementara gadis-gadis yang lain sudah tentunya tidak mendapat apa-apa. Inilah pertandingan, ada yang menang dan kalah.

Selepas perang Amerika ini menunjukkan ketidaksamaan melampau yang tidak akan berlaku di dalam dunia nyata. Amerika boleh menulis cerita mereka sendiri, menggambarkan orang yang tiada harta juga mampu menjalani kehidupan selesa.

Perkara-perkara seperti membuatkan orang kaya membayar cukai, membenarkan kesatuan untuk mengatur dan menggunakan perbelanjaan seperti membina infrastruktur serta menawarkan peluang pekerjaan akan menggembirakan rakyat Amerika sebagaimana yang diharapkan.

Tetapi Cinderella ciptaan Branagh ini langsung tidak mempersoalkan jurang orang kaya dan miskin. Filem ini memberi pengajaran yang keras iaitu, ‘Jika anda tidak kaya, anda juga boleh menjadi labu’ (berpeluang menjadi kaya dengan kuasa ajaib).

Sumber daripada www.ummatanwasatan.com.my

Artikel Berkaitan

Search
ARKIB
KATEGORI

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *