Home » Langit Terbuka » KIAS IPT pertama laksana Dasar Pendidikan Rabbani

KIAS IPT pertama laksana Dasar Pendidikan Rabbani

KIAS merupakan kampus tarbiah yang berusaha menerapkan biah solehah terhadap semua mahasiswa. - Foto Arkib

KOTA BHARU – Kolej Universiti Islam Antarabangsa Sultan Ismail Petra (KIAS) merupakan institusi pengajian tinggi (IPT) pertama di negara ini melaksanakan Dasar Pendidikan Rabbani Kelantan.

Presiden Persatuan Mahasiswa KIAS, Wan Asyraaf Wan Yahaya berkata, pelbagai aktiviti dan program dianjur bagi memberi kefahaman kepada mahasiswa terhadap dasar yang dilaksanakan kerajaan negeri.

Katanya, KIAS merupakan kampus tarbiah yang berusaha menerapkan biah solehah terhadap semua mahasiswa.

“Kami melaksanakan apa yang digarapkan kerajaan negeri iaitu Dasar Pendidikan Rabbani Kelantan bagi melahirkan insan bertakwa dan berpendidikan tinggi,” ujarnya.

Beliau ditemui pada Malam Kebudayaan di Kampus Nilam Puri dianjurkan oleh Persatuan Mahasiswa, di sini, semalam.

Wan Asyraaf juga berkata, penganjuran malam kebudayaan selama dua malam merupakan kempen yang dilaksanakan bagi memupuk biah solehah.

Menurutnya lagi, program tersebut bertemakan ‘pencetus generasi rabbani’ dengan membuat pengasingan antara lelaki dan perempuan sebagai menepati ajaran Islam.

“Kempen ini dilaksanakan selama tiga minggu dan malam kebudayaan antara program yang menjadi tarikan mahasiswa KIAS,” ujarnya.

Antara aktiviti dan pertandingan yang diadakan termasuk persembahan poster menarik, videografi, persembahan nasyid, tilawah al-Quran dan penyampaian tazkirah ringkas. – HARAKAHDAILY

Artikel Berkaitan

Maqasid haji membina kesatuan ummah

Ibadah haji merupakan salah satu daripada rukun Islam yang menjadi tunjang dalam kehidupan seorang Muslim. Ia adalah manifestasi ketaatan kepada Allah SWT

Ukuran haji mabrur

Ibadat haji merupakan kewajipan bagi umat Islam yang mampu dan menjadi rukun Islam kelima. Tentunya setiap kewajipan yang ditetapkan oleh Allah SWT

Syahristani tajam dalam ilmu perbadingan

  Syahristani adalah seorang ulama terkenal abad ke-21 khususnya di bidang teologi, sejarah dan agama. Ia juga dikenali sebagai ahli perbandingan agama.

Search
ARKIB
KATEGORI

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *