Home » Langit Terbuka » Khutbah Jumaat sepatutnya menasihatkan bukan memecah belah ummah – Dr Mohd Na’im

Khutbah Jumaat sepatutnya menasihatkan bukan memecah belah ummah – Dr Mohd Na’im

Mohd Na’im Mokhtar menyampaikan sijil penyertaan pada Majlis Penutup Program Santuni Komuniti MADANI Peringkat Kampung Angkat Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) di Dewan Orang Ramai Kampung Paya, Kampung Bharu, hari ini. - Foto FATHIL ASRI

KUALA LUMPUR: : Khutbah Jumaat yang disampaikan oleh khatib seharusnya digunakan untuk menasihatkan jemaah yang hadir untuk merapatkan ummah dan bukannya menjadi pemecah belah.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) Datuk Dr Mohd Na’im Mokhtar berkata, khatib seharusnya tidak menggunakan mimbar khutbah bagi memfitnah sesuatu perkara yang tidak betul.

“Apa tujuan khutbah itu? Sepatutnya digunakan dalam tempoh khutbah itu untuk menasihatkan jemaah yang hadir dan bersatu padu.

“Apa tujuan penyampaian khutbah? Ini kerana khutbah Jumaat ini hanya diberi seminggu sekali dan sepatutnya dalam tempoh khutbah itu dimanfaatkan untuk menasihatkan jemaah yang hadir untuk bersatu padu.

“Perkara itu sepatutnya keutamaan untuk menyatupadukan umat Islam contohnya di Kedah, Selangor. Itu peranannya dan bukannya menjadi pemecah belah apatah lagi menggunakan mimbar khutbah untuk memfitnah perkara tak betul,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas perbuatan seorang khatib mengulas isu pemberian warga negara kepada lebih satu juta rakyat China dalam khutbah Jumaat di sebuah masjid di Parlimen Padang Serai, Kedah, Jumaat lalu.

Terdahulu, menyampaikan sumbangan dan sijil penyertaan pada Majlis Penutup Program Santuni Komuniti MADANI Peringkat Kampung Angkat Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) di Dewan Orang Ramai Kampung Paya, Kampung Bharu, di sini, hari ini.

Program anjuran bersama Yayasan Waqaf Malaysia (YWM), Al Hijrah Media Corporation (TV Al Hijrah), Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP) dan Jabatan Wakaf, Zakat dan Haji (JAWHAR).

Semalam Kementerian Dalam Negeri (KDN) dilaporkan kesal tindakan seorang khatib mengulas isu pemberian warga negara kepada lebih satu juta rakyat China dalam khutbah Jumaat di sebuah masjid di Parlimen Padang Serai.

Menterinya, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail berkata, pihaknya menerima aduan awal mengenai kejadian yang dilihat mampu mencemarkan institusi masjid.

Mengulas lanjut, Mohd Na’im berkata, sekiranya khatib yang menyampaikan khutbah di Parlimen Padang Serai itu tidak mempunyai tauliah, Jabatan Agama Islam Negeri boleh mengambil tindakan.

“Seperti mana yang kita sedia maklum, di negeri Kedah, kuasa agama ini termasuklah dalam mendrafkan dan memberi khutbah itu terletak di bawah kuasa negeri.

“Katakan khatib yang memberikan khutbah, dia tidak ada tauliah, jadi Jabatan Agama Islam Negeri Kedah melalui bahagian penguatkuasaan boleh ambil tindakan kepada khatib yang memberikan khutbah atas dasar tidak ada tauliah untuk memberikan khutbah,” katanya.

Selain itu, katanya, jika hasil siasatan pihak polis mendapati khutbah itu menimbulkan keresahan dan ketegangan kaum, ia juga boleh diambil tindakan.

Sementara itu, menyentuh mengenai Program Santuni Komuniti Madani, Mohd Na’im berkata, pihaknya bersama-sama Ahli Parlimen Titiwangsa Datuk Seri Johari Abdul Ghani akan memastikan isu berbangkit dalam kalangan penduduk dapat diselesaikan.

Katanya, pihaknya akan membantu secepat mungkin termasuklah seperti dari sudut sosial dan pendidikan.

“Contohnya, isu ibu tunggal yang tidak dapat nafkah daripada suami atau bekas suami bagaimana Mahkamah Syariah Wilayah Persekutuan, Bahagian Sokongan Keluarga boleh membantu mereka ini mendapat hak,” katanya.

Artikel Berkaitan

Selangor sediakan modul khas pulihkan ahli GISB

SHAH ALAM: Majlis Agama Islam Selangor (MAIS) bersama Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) dan Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) kini dalam fasa memulihkan

Search
ARKIB
KATEGORI

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *