Home » Langit Terbuka » Ketua Taliban Pakistan maut dalam serangan di Afghanistan

Ketua Taliban Pakistan maut dalam serangan di Afghanistan

Mullah Fazlullah mula mengetuai Taliban Pakistan pada November 2013

 

Kabul – Pemimpin Taliban Pakistan, Mullah Fazlullah dilaporkan maut dalam serangan dron di wilayah Kunar, Afghanistan, kata Kementerian Pertahanan.

“Saya mengesahkan Mullah Fazlullah, ketua Taliban Pakistan terbunuh dalam serangan bersama Amerika Syarikat (AS) di sempadan Marawera di wilayah Kunar,” kata jurucakap Kementerian Pertahanan Afghanistan, Mohammad Radmanish, sambil menambah serangan dilakukan kira-kira jam 9 pagi kelmarin.

Dua lagi anggota militan yang berada bersama Fazlullah turut maut.

Tehreek-i-Taliban Pakistan (TPP) juga mengesahkan pemimpin mereka terbunuh dalam serangan itu.

TPP menuduh perisik Afghanistan, yang sebelum ini didakwa oleh Paksitan sebagai pihak yang melindungi Fazlullah, menyalurkan maklumat bagi membolehkan serangan dron dilakukan.

Sementara itu, dalam kenyataan yang dikeluarkan jurucakap pakatan AS-Afghanistan, Lt Kolonel Martin O’Donnell berkata, AS melancarkan operasi tindak balas berhampiran sempadan Pakistan, yang menyasarkan pemimpin kanan kumpulan militan – Ismaweb

Artikel Berkaitan

Jangan hina Islam, pertahan kesuciannya – Sultan Pahang

JERANTUT: Sultan Pahang, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah menzahirkan kebimbangan terhadap individu yang semakin berani mencabar dan memperlekeh kesucian Islam. Baginda menegaskan,

Search
ARKIB
KATEGORI

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *