Home » Langit Terbuka » Kesarjanaan Islam: Sumbangan Malaysia terima pengiktirafan global

Kesarjanaan Islam: Sumbangan Malaysia terima pengiktirafan global

UNITED KINGDOM: Komitmen Malaysia dalam menyebarkan pengetahuan dan kesarjanaan agama Islam menerima pengiktirafan di peringkat antarabangsa apabila diberi penghormatan pada Majlis Sama’ Sahih Muslim 2025, yang diadakan di Ashton Central Mosque, Manchester baru-baru ini.

Pengiktirafan khas itu disampaikan kepada Pengerusi Majlis Bukhari Malaysia, Ustaz Dr. Bashir Mohamed Al-Azhari, serta dua lagi tokoh agamawan negara, Syeikh Nazrul Nasir dan Suhaimi Daud oleh cendekiawan Islam tersohor antarabangsa, al-Shaykh Muhammad Abu al-Huda al-Ya’qubiy dari Syria.

Memetik kenyataan yang disiarkan Facebook Majlis Bukhari Malaysia, pengiktirafan kepada Malaysia itu berlandaskan kepada usaha dan kepimpinan negara yang sentiasa mempromosi ilmu pengetahuan, pada masa sama menjadi penghubung antara para cendekiawan, golongan pemimpin dan para penuntut.

“Ia satu testimoni kerjasama dan kesatuan matlamat untuk memartabat agama Islam dan membudayakan ilmu di peringkat antarabangsa.”

“Semoga pengiktirafan ini terus memberi inspirasi kepada negara dalam menyokong inisiatif yang menyatukan para ulama, pemimpin dan penuntut ilmu.”

Majlis Sama’ Sahih Muslim 2025 dihadiri kira-kira 2,500 orang secara fizikal, manakala lebih 8,000 mengikutinya secara dalam talian.

Antara ulama antarabangsa terkemuka yang hadir, Dr. Shaykh Driss Fassi al-Fihriy dari Maghribi. –Alhijrah Online

Artikel Berkaitan

Search
ARKIB
KATEGORI

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *