Home » Langit Terbuka » Kesan Keseluruhan Kadar Sifar GST Dinilai – Salahuddin

Kesan Keseluruhan Kadar Sifar GST Dinilai – Salahuddin

PUTRAJAYA – Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani akan membuat penilaian keseluruhan terhadap kesan pelaksanaan kadar sifar Cukai Barang dan Perkhidmatan (GST) terhadap kos pengeluaran makanan dan harga bahan makanan.

Menteri berkenaan Salahuddin Ayub berkata walaupun sebelum ini GST tidak dikenakan ke atas bahan makanan asas namun, keputusan kerajaan itu amat baik dalam usaha menurunkan kos pengeluaran makanan di sepanjang rantaian nilai.

“Ini terutamanya kos berkaitan input, kejenteraan dan perkhidmatan logistik pertanian,” katanya dalam kenyataan di sini, hari ini.

Beliau membuat kenyataan itu selepas kenyataannya pada Jumaat lepas berhubung penurunan harga bahan makanan antara 30 hingga 50 peratus sejak Pakatan Harapan (PH) mengambil alih kerajaan, telah menerima kritikan pelbagai pihak.

Salahuddin menjelaskan kenyataan itu dibuat secara spontan hasil makluman orang awam kepadanya di beberapa lokasi selain laporan tinjauan umum terhadap penurunan harga bahan keperluan. – BERNAMA

Artikel Berkaitan

JHEAIK pantau pergerakan GISBH di Kedah

Alor Setar: Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Kedah (JHEAIK) sentiasa memantau pergerakan syarikat Global Ikhwan Service and Business Holdings (GISBH) yang beroperasi

Roti jenama Ikhwan tiada sijil halal – JAKIM

KUALA LUMPUR: Produk roti jenama Ikhwan keluaran Global Ikhwan Utara disahkan tidak mempunyai Sijil Pengesahan Halal Malaysia (SPHM) Jabatan Kemajuan Islam Malaysia

Search
ARKIB
KATEGORI

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *