Home » Langit Terbuka » Kertas siasatan video tular zikir di kubur diserah kepada Pejabat Mufti Wilayah

Kertas siasatan video tular zikir di kubur diserah kepada Pejabat Mufti Wilayah

Tangkap layar video tular sekumpulan lelaki didakwa berzikir di sebuah perkuburan di Kuala Lumpur.

PUTRAJAYA – Kertas siasatan berhubung video tular sekumpulan lelaki didakwa berzikir dalam keadaan mencurigakan di Tanah Perkuburan Islam di Setapak telah diserahkan kepada Jabatan Mufti Wilayah Persekutuan (JMWP).

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Mohd Na’im Mokhtar berkata, beliau difahamkan Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (Jawi) telah menyerahkan kertas siasatan itu untuk tindakan selanjutnya.

Beliau berkata, kertas siasatan itu diserahkan selepas pihak penguat kuasa Jawi selesai mengambil keterangan individu termasuk waris kubur dan juga saksi terlibat.

“Jawi telah menjalankan siasatan seperti diarahkan membabitkan pelbagai sudut termasuk zikir yang dijalankan kumpulan itu dan juga keterangan daripada pihak yang hadir seperti waris kubur.

“Dua atau tiga hari lalu, Jawi juga telah menyerahkan laporan itu dan Jabatan Mufti WP akan memberikan pandangan mereka berdasarkan laporan serta siastan dilakukan,” katanya pada sidang akhbar selepas menghadiri Program Gema Syukur 2025 di Masjid Putra, di sini yang turut disertai lebih 10,000 orang.

Katanya, jika zikir yang dijalankan itu bertentangan dengan akidah serta hukum maka, Jawi akan menyediakan kertas untuk mendakwa yang akan dibuat di mahkamah syariah.

Ditanya berapa ramai individu telah dipanggil bagi membantu siasatan, Mohd Na’im berkata, pihak penguat kuasa Jawi telah memanggil seramai yang mungkin bagi menjalankan siasatan tersebut. – KOSMO! ONLINE

Artikel Berkaitan

Search
ARKIB
KATEGORI

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *