SEREMBAN – Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (YADIM) Negeri Sembilan meneruskan kerjasama membantu golongan yang memerlukan di negeri ini menerusi program khidmat baktinya.
Pada 11 Disember, sebanyak lima kediaman asnaf menerima sumbangan YADIM dengan kerjasama rakan strategik, badan bukan kerajaan Rantaian Kasih Malaysia.
Hadir menyampaikan bantuan dalam program di sekitar Jalan Jelebu – Seremban ini ialah pengerusi pertubuhan tersebut, Haji Rahim Yusof.
Terdahulu pada 10 Disember, dengan kerjasama Skuad Al-Baasith Negeri Sembilan, mereka menyantuni empat keluarga asnaf dan menyerahkan Kotak Rezeki Ummat MyFundAction serta barangan keperluan harian dari YADIM.
Kesemua penerima merupakan asnaf, pesakit kronik, warga emas dan golongan kurang upaya yang memerlukan perhatian dari daerah Johol.
KOMEN