BAU – Kerjasama erat antara Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (YADIM) Sarawak dan rakan rakan badan bukan kerajaan di negeri ini menjadikan mereka saling bekerjasama dan tidak melupakan.
Terbaharu pada 23 Januari, YADIM Sarawak diundang menjayakan program bantuan pasca banjir di Kampung Buso dan Kampung Blimbing Krokon di sini.
Barangan untuk program ini ditaja oleh Yayasan Ikhlas, Aman Palestin dan Yayasan Maghfirah serta orang ramai.
Meraikan semangat setiakawan dan kerjasama, YADIM menaja pengangkutan dan menghantar sukarelawan bagi program ini.
Seramai 49 keluarga menerima manfaat daripada program ini.
KOMEN