Home » Citra Yadim » Kerja sukarela amat dituntut dalam Islam

Kerja sukarela amat dituntut dalam Islam

KUALA TERENGGANU 9 Nov. – Kerja-kerja sukarela amat dituntut dalam Islam dan perlu dipraktikkan dalam kehidupan terutama dalam konteks melaksanakan kerja-kerja dakwah dan kemasyarakatan.

Eksekutif Kanan Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (YADIM) Zon Timur, Nasrul Hadi Saidin berkata, aspek kesukarelaan bukanlah sesuatu yang asing dalam Islam kerana ia telah dilaksanakan sejak sekian lama.

“Kesukarelaan bukanlah suatu perkara baru dalam Islam bahkan ia sangat-sangat dituntut dan dikira sebagai ibadah yang diberi ganjaran pahala yang besar di sisi Allah sekiranya dilakukan dengan penuh ikhlas,’’ katanya ketika menyampaikan ceramah bertajuk `Kerja Sebagai Ibadah’ di sini pada 3 November lalu.

Beliau berkata demikian kepada para Sukarelawan Pendidikan di bawah seliaan Persatuan Guru-guru KAFA Parlimen Marang (PERKAT) dan turut memberikan taklimat mengenai pasukan Sukarelawan Al-Falah YADIM.

Beliau berkata, aktiviti sukarela perlulah dipromosi sebaik mungkin agar lebih ramai masyarakat Islam di negara ini terlibat dalam pelbagai bentuk kegiatan sukarela.

Pada program berkenaan, penerangan turut diberikan mengenai peranan pasukan Sukarelawan Al-Falah YADIM yang berperanan secara khusus dalam gerak kerja sukarela yang melibatkan masyarakat setempat termasuk golongan muda.

Pada program tersebut, seramai 35 orang para sukarelawan pendidikan yang hadir telah bersetuju menyertai Sukarelawan al-Falah dan aktiviti susulan akan diatur kepada kumpulan sukarelawan ini dalam masa terdekat.

Artikel Berkaitan

Search
ARKIB
KATEGORI

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *