Home » Langit Terbuka » Kerajaan utamakan pendekatan inklusif, berhikmah tangani isu berkaitan Islam – PM

Kerajaan utamakan pendekatan inklusif, berhikmah tangani isu berkaitan Islam – PM

YAB Perdana Menteri, Dato’ Seri Anwar Ibrahim menerima kunjungan hormat Pengerusi JKMKI di Pejabat Perdana Menteri, Putrajaya pada 19 September 2024. – AFIQ HAMBALI/Pejabat Perdana Menteri

KUALA LUMPUR: Kerajaan Perpaduan mengutamakan pendekatan yang lebih inklusif dan berhikmah dalam mencari jalan terbaik terhadap sebarang isu berkaitan agama Islam di negara ini, kata Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Beliau berkata kerajaan pimpinannya juga terus komited dalam mengemukakan mesej Islam yang rahmah serta berorientasi keadilan dan ihsan seiring semangat Malaysia MADANI.

“Saya percaya melalui muafakat dan perbincangan yang tuntas, kita boleh mencari banyak kesepakatan dalam menambah baik dan menguruskan urusan hal ehwal Islam di Malaysia,” katanya menerusi hantaran di laman Facebook hari ini.

Menerusi hantaran sama, Perdana Menteri turut berkongsi mengenai sesi pertemuan dan musyawarah beliau bersama para agamawan di Putrajaya bagi bertukar pandangan mengenai pembangunan hal ehwal Islam serta isu semasa yang berkaitan di Malaysia.

Hadir dalam perbincangan itu ialah Pengerusi Jawatankuasa Muzakarah Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Agama Islam Malaysia Datuk Dr Nooh Gadot, Mufti Wilayah Persekutuan Datuk Profesor Madya Dr Luqman Abdullah dan Mufti Perak Datuk Seri Wan Zahidi Wan Teh.

Turut hadir Mufti Sabah Datuk Bungsu@Aziz Jaafar, Mufti Johor Datuk Yahya Ahmad dan Mufti Pahang Profesor Datuk Dr Asmadi Mohamed Naim. — AlHijrah Online

Artikel Berkaitan

Bengkel Pelan Strategik YADIM 2024

WALAUPUN Sudah banyak kejayaan yang dikecapi, warga badan dakwah ini diseru untuk tidak cepat berpuas hati, malah perlu berusaha lebih gigih lagi

Search
ARKIB
KATEGORI

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *