Home » Langit Terbuka » Kerajaan timbang cadangan Alor Gajah hab kereta nasional ketiga

Kerajaan timbang cadangan Alor Gajah hab kereta nasional ketiga

Menurut Timbalan Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, projek kereta nasional ketiga merupakan sebahagian daripada semakan Dasar Automotif Nasional dan kementerian itu menerima segala cadangan dari sektor swasta

IPOH – Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri sedia mempertimbangkan semua cadangan bagi pembuatan kenderaan nasional ketiga termasuk menjadikan Alor Gajah, Melaka sebagai hab projek tersebut.

Timbalan Menterinya, Dr. Ong Kian Ming berkata, pada masa sama kerajaan juga mahu memastikan pelaburan Proton di Tanjung Malim terus berjaya melalui inisiatif pembangunan vendor di sekitar Proton City.

Menurutnya, projek kereta nasional ketiga merupakan sebahagian daripada semakan Dasar Automotif Nasional dan kementerian itu menerima segala cadangan dari sektor swasta.

“Belum ada yang muktamad ketika menilai segala opsyen dan apabila tiba masanya, polisi ini akan diumumkan oleh menteri dengan sokongan Kabinet,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui pemberita selepas merasmikan siri Forum Taman Industri Lembaga Pembangunan Pelaburan Malaysia (MIDA) bagi Wilayah Utara yang dianjurkan dengan kerjasama Persekutuan Pekilang-Pekilang Malaysia (FMM) di sini hari ini.

Hadir sama Pengerusi Jawatankuasa Pelaburan dan Pembangunan Koridor negeri, Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin.

Kian Ming mengulas mengenai kesediaan Melaka menawarkan diri untuk menjadi hab bagi projek pembuatan kereta nasional ketiga biarpun Proton telah banyak melabur dengan memusatkan pengoperasiannya di Tanjung Malim. – Utusan Malaysia

 

 

Artikel Berkaitan

Bengkel Pelan Strategik YADIM 2024

WALAUPUN Sudah banyak kejayaan yang dikecapi, warga badan dakwah ini diseru untuk tidak cepat berpuas hati, malah perlu berusaha lebih gigih lagi

Search
ARKIB
KATEGORI

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *