KUALA LUMPUR – Kerajaan berusaha meneroka sumber dan cara baharu bagi memperkasa instrumen wakaf di negara ini agar manfaatnya dapat dinikmati sepenuhnya, kata Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri Fuziah Salleh.
Beliau berkata masih banyak boleh dilakukan kementerian untuk memajukan institusi wakaf di negara ini, yang pada pandangan beliau, kurang diberi tumpuan kerajaan terdahulu.
“Tanpa meletakkan kesalahan kepada sesiapa, saya rasa pihak kementerian sebelum ini tidak betul-betul beri tumpuan, dan tanpa meletak kesalahan kepada sesiapa saya rasa lebih banyak lagi yang boleh kita lakukan. – Bernama
KOMEN