Home » Langit Terbuka » Kerajaan Teliti Cadangan Mansuh AP – Saifuddin

Kerajaan Teliti Cadangan Mansuh AP – Saifuddin

Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna, Datuk Shaifuddin Nasution Ismail berkata, pihaknya memerlukan ruang dan masa bagi mengkaji perkara tersebut selain mengambil maklum balas daripada pemain industri.

KULIM – Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna sedang meneliti cadangan sesetengah pihak yang mencadangkan agar Permit Import (AP) dimansuhkan bagi membolehkan harga barangan diturunkan.

Menterinya, Datuk Shaifuddin Nasution Ismail berkata, pihaknya memerlukan ruang dan masa bagi mengkaji perkara tersebut selain mengambil maklum balas daripada pemain industri.

“Sama ada amalan memansuhkan AP boleh menurunkan harga satu-satu item barangan, itu saya perlukan sedikit masa lagi untuk teliti. Jika ada ruang amalan itu boleh bawa kita turunkan harga, kita akan bergerak ke arah itu,” katanya yang juga Anggota Parlimen Kulim-Bandar Baharu ketika ditemui pada majlis penyerahan memorandum bantahan aktiviti pembalakan di Kampung Sungai Tengas, di sini hari ini.

Gabungan Persatuan Pengguna Malaysia (Fomca) sebelum ini menyuarakan hasrat agar pemansuhan AP dapat dilaksanakan kerana ia diyakini membolehkan harga barang turun berikutan ketika ini terdapat unsur monopoli daripada segelintir pihak yang mendapat hak terbabit.

Mengulas lanjut Saifuddin Nasution berkata pihaknya kini sedang menyenaraikan barangan dan perniagaan di bawah AP yang bersifat monopoli. – BERNAMA

https://www.bernama.com/bm/am/news.php?id=1478290

Artikel Berkaitan

Jangan hina Islam, pertahan kesuciannya – Sultan Pahang

JERANTUT: Sultan Pahang, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah menzahirkan kebimbangan terhadap individu yang semakin berani mencabar dan memperlekeh kesucian Islam. Baginda menegaskan,

Search
ARKIB
KATEGORI

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *