Home » Langit Terbuka » Kerajaan tambah baik skim guru Kafa

Kerajaan tambah baik skim guru Kafa

Program KAFA dicadangkan ditambah baik secara menyeluruh dan dianjakkan daripada program pengukuhan menjadi sistem pendidikan asas arus perdana bagi kanak-kanak Islam. Foto : Utusan

KUALA LUMPUR – Kerajaan sangat komited untuk menambah baik skim guru-guru Kelas al-Quran dan Fardu Ain (Kafa) melalui pelbagai pendekatan dari semasa ke semasa.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Mejar Jeneral Datuk Seri Jamil Khir Baharom, berkata kerajaan juga sedang menilai cadangan beberapa Ahli Parlimen untuk menukar skim guru kafar menjadi Skim Perkhimatan Tetap, seperti kakitangan kerajaan yang lain.

Menurutnya, pelantikan guru Kafa pada waktu ini dibuat oleh jabatan agama Islam negeri atau melalui Majlis Agama Islam Negeri masing-masing dan kerajaan pusat hanya menyalurkan dana bagi pembayaran elaun guru tersebut melalui Jakim.

“Pihak kerajaan sentiasa menjaga kebajikan guru KAFA melalui penambahahan elaun daripada RM800 sebulan kepada RM900 pada tahun 2017 dan mewujudkan potongan Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP). Selain itu, pihak kerajaan negeri turut menambah elaun tersebut seperti Perak menambah sebanyak RM200 dan Wilayah Persekutuan sebanyak RM500 sebulan

“Pada masa ini, penelitian sedang dibuat bagi mencari kaedah terbaik dalam perkhidmatan guru Kafa kerana banyak aspek seperti operasi Kafa dan jumlah waktu bertugas yang berbeza antara negeri, kelayakan ikhtisas guru dan guru yang menjawat jawatan lain perlu diselaraskan terlebih dahulu.,” katanya ketika menggulung titah Yang Di-Pertuan Agong di Dewan Rakyat, sebentar tadi.

Jamil Khir juga berkata, kerajaan komited melaksanakan tujuh resolusi Warshah Islah Pendidikan Islam Lembaga Penasihat Penyelarasan Pelajaran dan Pendidikan Agama Islam (LEPAI) yang dirasmikan oleh Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi pada 15 Jun 2017 yang lalu dengan salah satunya khusus menyentuh tentang penambahbaikan program KAFA secara menyeluruh.

Mengikut resolusi tersebut, program KAFA dicadangkan ditambah baik secara menyeluruh dan dianjakkan daripada program pengukuhan menjadi sistem pendidikan asas arus perdana bagi kanak-kanak Islam termasuklah mewujudkan skim perkhidmatan yang lebih baik bagi guru-guru KAFA untuk jangka masa panjang.- MYEHWAL

Artikel Berkaitan

JHEAIK pantau pergerakan GISBH di Kedah

Alor Setar: Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Kedah (JHEAIK) sentiasa memantau pergerakan syarikat Global Ikhwan Service and Business Holdings (GISBH) yang beroperasi

Roti jenama Ikhwan tiada sijil halal – JAKIM

KUALA LUMPUR: Produk roti jenama Ikhwan keluaran Global Ikhwan Utara disahkan tidak mempunyai Sijil Pengesahan Halal Malaysia (SPHM) Jabatan Kemajuan Islam Malaysia

Search
ARKIB
KATEGORI

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *