Home » Langit Terbuka » Kerajaan peruntuk RM50 juta untuk sekolah tahfiz berdaftar

Kerajaan peruntuk RM50 juta untuk sekolah tahfiz berdaftar

Menteri di Jabatan Perdana Menteri berkata, permohonan bagi mendapatkan peruntukan sekolah tahfiz itu, yang diumumkan pada Belanjawan 2019, boleh dibuat bermula Mac ini sebelum peruntukan itu disalurkan menjelang Oktober depan. - Foto FreeMalaysiaToday

PUTRAJAYA – Kerajaan menyediakan peruntukan sebanyak RM50 juta untuk dimanfaatkan 815 buah sekolah tahfiz berdaftar di negara ini bagi tujuan menaik taraf dan menyelenggara sekolah berkenaan, kata Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Mujahid Yusof Rawa.

Beliau berkata permohonan bagi mendapatkan peruntukan itu, yang diumumkan pada Belanjawan 2019, boleh dibuat bermula Mac ini sebelum peruntukan itu disalurkan menjelang Oktober depan.

“Kita juga secara proaktif akan turun padang untuk mendapatkan sekolah-sekolah tahfiz yang layak kerana mungkin mereka tidak tahu tentang dana berkenaan,” katanya kepada pemberita selepas Majlis Penyerahan Cek Kepada Sekolah Tahfiz Berdaftar di Kementerian Kewangan di Putrajaya.

Mujahid menerima replika cek berjumlah RM50 juta daripada Menteri Kewangan Lim Guan Eng pada majlis yang turut dihadiri Menteri Pendidikan Dr Maszlee Malik.

Mujahid berkata peruntukan itu akan disalurkan kepada semua sekolah tahfiz berdaftar dengan syarat ia tidak dimiliki oleh mana-mana parti politik.

“Saya juga menggalakkan kepada lebih 400 sekolah tahfiz untuk berdaftar dengan pihak kerajaan negeri supaya peruntukan dapat diagihkan demi meningkatkan kualiti pendidikan anak-anak tahfiz,”katanya. – Bernama

Artikel Berkaitan

Search
ARKIB
KATEGORI

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *