Home » Langit Terbuka » Kerajaan memang tidak iktiraf LGBT

Kerajaan memang tidak iktiraf LGBT

Menteri di Jabatan Perdana Menteri berkata, golongan LBGT akan terus didekati untuk dipulihkan

TEMERLOH – Kerajaan sememangnya tidak akan mengiktiraf golongan lesbian, gay, biseksual dan transgender (LGBT) di negara ini.

Sebaliknya, Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Dr. Mujahid Yusof berkata, golongan itu akan terus didekati untuk dipulihkan.

Beliau mengalu-alukan kenyataan Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad bahawa Malaysia menolak LGBT dan perkara itu selari dengan pendirian kerajaan PH selama ini.

“Betullah, itulah (kenyataan Mahathir) yang menegaskan apa yang kita sebut selama ini tentang sikap kita bahawa kita tidak boleh terima LGBT dan segala promosi, hendak minta hak kita tidak terima. Saya sudah sebut lama.

“Cuma apa yang saya sebut ialah hendak pulihkan golongan itu, hendak mengajak mereka menjadi elok. Saya juga sebut dari segi kewarganegaraan, dari segi tidak disakiti, tidak dizalimi dan itu termaktub dalam Perlembagaan,” katanya ketika ditemui Utusan Malaysia pada Majlis Sambutan Ulang Tahun Ketiga Amanah di Dewan Tun Abdul Razak di sini hari ini.

Semalam, Mahathir menegaskan, Malaysia tidak boleh menerima sepenuhnya nilai-nilai hak asasi manusia diamalkan di negara-negara Barat merangkumi LGBT serta perkahwinan sejenis.

Perdana Menteri berkata, meskipun ada pembentangan mengenai perkara itu daripada Suruhanjaya Hak Asasi Manusia Malaysia (Suhakam), namun nilai-nilai yang dipegang oleh Malaysia adalah berbeza dengan masyarakat Barat. – Utusan Malaysia

 

Artikel Berkaitan

Bengkel Pelan Strategik YADIM 2024

WALAUPUN Sudah banyak kejayaan yang dikecapi, warga badan dakwah ini diseru untuk tidak cepat berpuas hati, malah perlu berusaha lebih gigih lagi

Search
ARKIB
KATEGORI

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *