Home » Langit Terbuka » Kerajaan kaji kenaikan gaji

Kerajaan kaji kenaikan gaji

Ketua Setiausaha Negara berkata, kajian semula cadangan kenaikan gaji itu dilakukan dengan mengambil kira kedudukan kewangan negara pada ketika ini

JOHOR BAHRU – Kerajaan akan mengkaji semula sama ada kenaikan gaji yang dijanjikan kerajaan sebelum ini dapat diteruskan atau tidak.

Ketua Setiausaha Negara, Datuk Seri Dr. Ismail Bakar berkata, kajian semula itu dilakukan dengan mengambil kira kedudukan kewangan negara pada ketika ini.

“Perkara ini masih dalam kajian lagi, sebab itu semua bergantung kepada kewangan negara, sama ada perkara itu perlu diteruskan ke tidak, semua itu kita akan kaji dulu,” katanya.

Beliau ditemui pemberita selepas Program Sesi Bual Bicara Bersama Penjawat-Penjawat Awam Negeri Johor di Pusat Konvensyen Antarabangda Persada (Persada), di sini.

Sementara itu, dalam perkembangan lain, Ismail berkata, kerajaan juga sedang mengkaji beberapa jabatan dan agensi yang mempunyai pertindihan fungsi selepas penyusunan dilakukan.

“Pertindihan jabatan mungkin ada kajian semula, kita sedang melihat balik selepas penyusunan ini selesai kita akan masuk fasa kedua untuk lihat mana-mana yang ada pertindihan jabatan.

“Kita akan lihat dan perkecilkan ikut kesesuaian, keberkesanan kos yang kita lihat, banyak juga jabatan kita lihat, mungkin suku pertama tahun depan dapat diselesaikan,” katanya. – Utusan Malaysia

 

Artikel Berkaitan

Search
ARKIB
KATEGORI

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *