PUTRAJAYA – Kerajaan sedang kaji kemungkinan menyemak semula Indeks Prestasi Utama (KPI) untuk kementerian, menteri dan penjawat awam.
Ketua Setiausaha Negara, Datuk Seri Ismail Bakar, berkata ketika ini pihaknya masih pada peringkat perbincangan dan meneroka kemungkinan berhubung perkara itu.
“Kita akan tengok prestasi 360 darjah. Kita belum putuskan lagi tetapi meneroka kemungkinan itu,” katanya kepada media selepas menghadiri Program Eksekutif Khas Anggota Pentadbiran Kerajaan Malaysia di sini, hari ini.
Ditanya sama ada KPI baharu itu nanti termasuk persepsi rakyat terhadap menteri dan kementerian, Ismail berkata, semua aspek akan dilihat.
“Kita akan melihat mengenainya (KPI baharu). (Untuk menteri, kementerian) penjawat awam. Semuanya… 360 darjah,” katanya.
Ismail bagaimanapun enggan mengulas lanjut apabila ditanya aspek lain yang akan diberi tumpuan dalam semakan semula KPI itu.
Sistem KPI diperkenalkan dalam pentadbiran kerajaan pada 2009 bagi menilai prestasi anggota Kabinet. – Berita Harian
KOMEN