Home » Langit Terbuka » Kerajaan China mahu basmi kemiskinan masyarakat Uighur di Xinjiang

Kerajaan China mahu basmi kemiskinan masyarakat Uighur di Xinjiang

Penduduk Uighur menganut agama Islam dan mendakwa seringkali menghadapi penindasan budaya dan agama. Foto : The Telegraph

 

XINJIANG: Kerajaan China merancang untuk menarik keluar seramai 400,000 penduduk wilayah Xinjiang dari kemiskinan melampau di negara tersebut.

Rancangan basmi kemiskinan selama tiga tahun itu tercetus selepas wujud kebimbangan terhadap penglibatan masyarakat Uighur dengan kumpulan tentera tempatan.

Ratusan orang ramai terbunuh di Xinjiang selepas berlaku serangan keganasan antara masyarakat Uighur yang bertutur dalam bahasa Turki dan pendatang majoriti etnik Han.

Wilayah Xinjiang yang diduduki hampir 10 juta Muslim Uighur mendakwa mereka seringkali menghadapi penindasan budaya dan agama.

Bagaimanapun, dakwaan itu dinafikan oleh Beijing.

Selain itu, China telah melancarkan operasi keselamatan besar-besaran di kawasan majoriti Muslim sebagai tindak balas terhadap serangan keganasan yang kerap kali berlaku beberapa tahun kebelakangan ini.

Kebimbangan timbul sekiranya masyarakat Uighur terlibat dalam kumpulan tentera tempatan ada kaitan dengan Daish untuk ‘berkhidmat’ di Syria dan Iraq. ASTRO AWANI

Artikel Berkaitan

Selangor sediakan modul khas pulihkan ahli GISB

SHAH ALAM: Majlis Agama Islam Selangor (MAIS) bersama Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) dan Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) kini dalam fasa memulihkan

Search
ARKIB
KATEGORI

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *