Home » Langit Terbuka » Kerajaan akan urus deposit TH lebih baik

Kerajaan akan urus deposit TH lebih baik

Perdana Menteri berkata, bagi memastikan orang ramai terus menyimpan wang mereka dalam Tabung Haji , kerajaan akan membayar dividen kepada pendeposit menggunakan hasil daripada pelaburan yang dibuatnya, walaupun jumlahnya mungkin kecil. - Foto The Star

KUALA LUMPUR – Perdana Menteri Dr Mahathir Mohamad memberi jaminan kepada pendeposit Tabung Haji (TH) bahawa wang deposit mereka akan diuruskan dengan lebih baik oleh kerajaan.

Beliau berkata TH diuruskan dengan buruk bertahun-tahun lamanya sebelum ini, yang mengakibatkan ia tidak memperoleh banyak keuntungan.

“Sebenarnya mereka tidak membuat sebarang keuntungan, jadi mereka ambil deposit dan menggunakannya sebagai dividen. Jadi ramai yang simpan duit mereka di sana kerana mereka lihat banyak pulangan daripada pelaburan.

“Ini tidak boleh diteruskan selamanya,” katanya pada persidangan media di Yayasan Al Bukhary di sini.

Dr Mahathir berkata, bagi memastikan orang ramai terus menyimpan wang mereka dalam TH, kerajaan akan membayar dividen kepada pendeposit menggunakan hasil daripada pelaburan yang dibuatnya, walaupun jumlahnya mungkin kecil.

“Ini bermakna mereka yang berhasrat menunaikan haji, akan masih sanggup menyimpan (dalam TH) kerana ia akan diuruskan dengan baik, bukan seperti sebelum ini apabila deposit mereka digunakan untuk jadi subsidi belanja menunaikan haji dan juga untuk mengumumkan dividen,” katanya.

Awal bulan ini TH mengumumkan agihan dividen 2018 pada kadar 1.25%, kadar paling rendah dalam sejarah penubuhannya. – FreeMalaysiaToday

Artikel Berkaitan

Search
ARKIB
KATEGORI

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *