Home » Langit Terbuka » Kerajaan adakan perbincangan meja bulat teliti perkahwinan bawah umur

Kerajaan adakan perbincangan meja bulat teliti perkahwinan bawah umur

Menteri di Jabatan Perdana Menteri berkata, perbincangan itu akan disertai pengamal undang-undang, hakim syarie, ahli akademik dan alim ulama

TEMERLOH – Kerajaan dijangka mengadakan perbincangan meja bulat pada pertengahan bulan depan bagi membincangkan prosedur operasi standard (SOP) yang lebih terperinci untuk dijadikan sebahagian daripada undang-undang berkaitan perkahwinan bawah umur.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Dr Mujahid Yusof berkata perbincangan itu akan disertai pengamal undang-undang, hakim syarie, ahli akademik dan alim ulama.

“SOP yang dibuat sebelum ini (berkaitan perkahwinan bawah umur) berada di luar undang-undang, maknanya boleh ikut dan boleh juga tidak ikut sebab ia bukan dalam undang-undang. Yang ini (keputusan perbincangan) akan diletakkan di bawah kaedah dan tatacara bagi memastikan semua negeri mematuhi SOP yang kita buat,” katanya di sini.

Mujahid ditemui pemberita selepas menghadiri sambutan ulang tahun ketiga Amanah, mengulas tentang kes terbaharu perkahwinan kanak-kanak berumur 15 tahun di Tumpat, Kelantan baru-baru ini.

Mengulas lanjut, Mujahid berkata perbincangan meja bulat yang akan dibuat dalam beberapa peringkat itu turut memperhalusi aspek-aspek yang longgar seperti hukuman ke atas mereka yang tetap berkahwin dengan kanak-kanak bawah umur walaupun selepas tatacara itu diperkenalkan.

“Mengikut undang-undang syariah sekarang, mereka yang berkahwin dengan kanak-kanak bawah umur boleh dikenakan denda sehingga RM1,000 tetapi mereka selepas itu masih boleh mendaftarkan perkahwinan asalkan ia tidak bertentangan dengan hukum syariah.

“Jadi adakah kita mahu mengekalkan undang-undang yang sama* kalau mereka berkahwin juga macam mana kita nak mengklasifikasikan perkahwinan itu, sah atau tidak sah. Bagaimana pula dengan perlindungan kanak-kanak yang berkahwin itu selepas kita pisahkan,” katanya.

Aspek lain yang akan turut diteliti ialah penjagaan anak hasil perkahwinan tersebut, kata Mujahid. – Bernama

Artikel Berkaitan

JHEAIK pantau pergerakan GISBH di Kedah

Alor Setar: Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Kedah (JHEAIK) sentiasa memantau pergerakan syarikat Global Ikhwan Service and Business Holdings (GISBH) yang beroperasi

Roti jenama Ikhwan tiada sijil halal – JAKIM

KUALA LUMPUR: Produk roti jenama Ikhwan keluaran Global Ikhwan Utara disahkan tidak mempunyai Sijil Pengesahan Halal Malaysia (SPHM) Jabatan Kemajuan Islam Malaysia

Search
ARKIB
KATEGORI

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *