Home » Citra Yadim » Keputusan Pertandingan Rekacipta Logo MAWAR-YADIM

Keputusan Pertandingan Rekacipta Logo MAWAR-YADIM

Satu majlis rasmi bagi menyerahkan hadiah kepada para pemenang dan pengumuman logo MAWAR-YADIM akan diadakan dalam masa terdekat.

PUTRAJAYA – Selepas penelitian secara terperinci, Majlis Perundingan Wanita Rahmah (MAWAR) – Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (YADIM), telah membuat keputusan berhubung Pertandingan Rekacipta Logo MAWAR-YADIM.

Para pemenang telah dipilih oleh ahli panel MAWAR secara telus tanpa dipengaruhi mana mana pihak. Satu majlis rasmi bagi menyerahkan hadiah kepada para pemenang dan pengumuman logo akan diadakan dalam masa terdekat.

Berikut ialah keputusan pemenang Pertandingan Rekacipta Logo MAWAR-YADIM

Tempat Pertama :
Puan Nor Irahazla Al Zahari. Menerima wang tunai RM500 serta sijil penyertaan

Tempat Kedua :
Puan Ina Hayati Samsi. Menerima hadiah wang tunai RM300 serta sijil penyertaan.

Tempat Ketiga :
Puan Norsalmah Muhamad Nordin. Menerima wang tunai RM150 serta sijil penyertaan.

Manakala lima pemenang saguhati yang menerima wang tunai RM50 dan sijil penyertaan ialah

I. Mohd. Faizul Faris Bin Rahman
II. Ahmad Hafizuddin Bin Mohd. Salleh
III. Ahmad Ridhwan Bin Muhamad Zain
IV. Muhammad Syafiq Bin A Razak
V. Mohd. Shaffiq Bin Zaid

Keputusan juri adalah muktamad. MAWAR-YADIM mengucapkan tahniah kepada semua pemenang.

Artikel Berkaitan

Search
ARKIB
KATEGORI

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *