Home » Persuasif » Kepimpinan dan faktor pemersatu (wehdah)

Kepimpinan dan faktor pemersatu (wehdah)

Oleh : Prof. Dato’ Dr. Sidek Baba

Maksud faktor teras ialah bagaimana elemen agama atas tunjangan nilai membina landasan kerjasama yang tinggi kea rah cita-cita sepunya seperti amanah kepimpinan, kebebasan menyatakan sudut pandangan, jaminan hak dan layanan, asas-asas keadilan dan kesaksamaan sentiasa terpelihara.

Kepimpinan di Malaysia memerlukan faktor teras dipertahankan. faktor teras bermaksud bagaimana faktor sejarah, budaya, Bahasa, agama dan kelainan dijadikan sandaran utama dalam membangun kepimpinan yang berwibawa. Berwibawa disini bermaksud bagaimana Islam umpamanya mampu menawarkan nilai-nilai interaktif yang dapat diperkongsi oleh semua. Nilai-nilai lain yang terpancar dari tamadun yang mendukung nilai-nilai kemanusiaan tinggi harus disuburkan sama.

Berwibawa juga merujuk kepada pemimpin yang berilmu dan memiliki upaya profesionalisme yang tinggi, memiliki peribadi contoh yang memancarkan teladan baik, tidak hanya berfikir dalam lingkungan kaumnya semata tetapi mempunyai kemampuan untuk memperluaskan dimensi kemanusiaan yang tidak bercanggah dengan fitnah manusia.

Kepimpinan di kalangan umat Islam sering berlegar di kalangan kaumnya dalam lingkungan setempatdan kurang upaya memancarkan nilai-nilai kesejagatan Islam dalam melaksanakan taklif atau amanah yang tercermin nilai keadilan dan kesaksamaan terhadap yang lain. Kepimpinan Islam yang diperlukan kini harus memberi fokus terhadap pemantapan nilai-nilai interaktif yang tidak bercanggah dengan fitrah dan bagaimana asas nilai itu dibangunkan dalam sistem supaya penterjemahannya ke dalam system membawa asas keadilan dan kesaksamaan yang tinggi.

Upaya ini harus melampaui batas kaum yang sempit, mengiktiraf wujudnya kepelbagaian dan memahami tentang pentingnya rasa tolak ansur dan kesabaran yang tinggi asal saja kemurnian nilai yang mempersatu tidak tercemar. Kepimpinan Islam tidak saja mempunyai latar kefahaman terhadap idealisme yang sifatnya memandu tetapi upaya  melaksana yang tinggi supaya islam tidak hanya terpancar dalam semangat dan kata-kata indah semata-mata tetapi terlihat keindahannya dalam peribadi dan system.

Islam sebagai faktor pemersatu harus diungkapkan dalam pengertian bahawa wujudnya kepelbagaian dan kelainan dalm strategi binaan kaum dan bangsa seharusnya jangan lari dari kepentingan kenalan (litaarrafu). Kesediaan mempelajari sesuatu yang positif daripada orang lain dan mengemukakan sesuatu yang positif dari budaya sendiri adalah penting supaya pengertian dan persefahaman tentang pentingnya kepimpinan berilmu dan berakhlak dijadikan rujukan teras untuk kejayaan proses kepimpinan.

Umat Melayu yang kbetulan diberikan amanah kepimpinan harus menjadi kepimpinan teras yang mempunyai wibawa ilmu dan kebijaksanaan, strategi dan maslahah, pemikiran dan model pelaksanaan, idealisme dan pemahaman realiti , tradisi yang harus dikembangkan dan perubahan yang harus diraikan. Factor ini adalah terlalu penting difahami kerana darinya bakal lahir pendekatan kepimpinan yang sifatnya merentasi.

Kepimpinan bukan umat Melayu harus harus juga mendapat menerima asas-asas yang boleh membawa kepada titi-persefahaman tinggi bahawa factor etika dan nilai yang dapat mengukuhkan kualiti amanah dan keadilan, megurangi perbezaan dan menyuburkan persamaan daya toleransi yang tinggi dan pengertian sejarah dan budaya yang mendalam supaya antara perubahan yang ingin dibawa dengan faktor-faktor reality yang masih memerlukan penjernihan , harus ada cita-cita pemersatu yang tinggi.

Perpecahan yang berlaku dikalangan masyarakat teras memang amat meresahkan. Ia memberi kesan kepada sumber kuasa yang kelihatan terpecah dan menyebabkan kuasa tawar-menawar menjadi lemah. Dalam Bahasa demokrasi, apibila sumber kuasa mengecil, tawar menawar daripasa pihak lain semakin tidak boleh menyentuh asas-asas fundamental bernegara yang bakal menghakis kedudukan masyarakat teras seperti  yang disepakati di peringkat awal pembinaan negara.

Malaysia amat memerlukan jenis kepimpinan yang mampu menjalin dan memperkukuh integrase dan toleransi. Intergrasi seharusnya dipupuk dalam konteks nilai-nilai bersama yang boleh diperkongsi dan nilai sejagat yang boleh diterima. Toleransi bermakna perbedaan yang ada tidak dijadikan asas untuk berkonflik tetapi persamaan yang banyak harus disuburkan secara sedar supaya kebaikan dari nilai bersama yang diperkongsi boleh menghilangkan perbedaan akibat kejahilan dan prasangka.

Olehhal demikian itu, kepimpinan yang mempunyai kualiti pemersatu amat dituntut supaya jenis pembangunan dan perubahan yang ingin dilakukan mengambil kira pertimbangan masyarakat yang berbilang dan masa yang sama menyuburkan maksud amanah,keadilan,kesaksamaan dan toleransi dalam hal-hal yang tidak menjejaskan nilai-nilai murni yang boleh membawa kebaikan terhadap semua.

Tidaklah menjadi perkara mudah untuk mewujudkan suatu model alternatif dalam kepimpinan negara yang Islami kerana ia sering cantic pada ungkapan tetapi gagal dalam mereliasasikannya. Ia memerlukan persefahaman yang tinggi tentang makna idealisme dan hubungannya dengan pemahaman terhadap reality supaya tenaga kepakaran yang ada dapat disatukan kea rah binaan model Islam yang dapat berjalan dalam system.

Pada prinsipnya memang islam menganjurkan rasa kekenalan yang tinggi terhadap orang lain dan tamadunnya. Saripati budaya dan tradisi yang baik dan sesuai dari orang lain harus dapat disesuaikan supaya ianya menjadi elemen integrative yang mengukuhkan bagi kesuburan tamadun. Sejarah silam tamadun islam terbukti berfaedah untuk Barat dan Timur. Betapa tradisi itu dapat dijadikan strategi pemersatu supaya realiti yang pelbagai mampu didekati  dengan bijaksana kerana matlamat akhirnya konteks bina-negara ialah sikap saling menghargai dan mengaplikasikan sesuatu yang baik dan bermanfaat.

Proses saling memahami ini tidak mudah tetapi harus ada tekad tinggi dan keberanian yang bijaksana diolah dasar-dasar dan sistem penyampaian supaya ia tidak ada retorika ideal tetapi dirasakan ia mampu mengubah keadaaan. Bila maksud adil dan amanah diungkapkan ia menjadi suatu kenyataan yang dipertahan dan disuburkan. Apabila ada pihak cuba melakukan perniagaan yang bersifat perkauman dan melakukan sesuatu di luar etika dan nilai-nilai murni warga Malaysia rasa terpanggil mencari jalan mengatasinya.

Inilah landasan terbaik yang seharusnya berlaku supaya percubaan-percubaan baru tidak dilakukan secara melulu tanpa mengambil kira faktr masyarakat teras dan proses pembudayaan, pemahaman sejarah terhadap ‘bukan teras’ supaya ada kesalingan mengertian bahawa adalah sesuatu yang tidak sihat,umpamanya mendominasi kekuatan ekonomi sehingga masyarakat teras merasakan keterpinggirannya dan ini adalah tidak sihat bagi membina cita-cita integrase.

Integrase dalam ertikata yang sebenar bukan sekadar ritual atau keupacaraan dalam pengertian tarian dan pertunjukan kebudaya semata. Integrase terhubung langsung dengan isu kepercayaan (trust). Bagaimana kepercayaan dalam dijalin secara sihat supaya kecederungan melakukan dominasi bukan menjadi agenda tetapi kesediaan untuk memperkongsi menjadi matlamat. Memang tidak mudah dalam sistem pasaran bebas ia dapat berlaku tetapi kalau ada kesedaran yang tinggi bahawa perpaduan dan keharmonian Negara hanya mampu berlaku sekiranya adil wal ihsan sentiasa menjadi semangat yang harus diteroka dan dijadikan sebagai satu amalan. – MAJALAH DAKWAH

Artikel Berkaitan

Search
ARKIB
KATEGORI

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *